Tuesday, January 13, 2004

Kabinet umpama Wad Ortopedik di musim perayaan

Monday, January 12 @ 21:08:25 MYT


Oleh MAHFUZ OMAR
ZIARAHLAH ke wad hospital di mana-mana juga, anda akan dapat melihat deretan katil yang menempatkan manusia yang sedang mengalami berbagai-bagai jenis penderitaan, kesakitan, kesusahan, kesulitan dan kesengsaraan.

Wad-wad itu pula dikelaskan mengikut kategori penyakit dan pesakit, serta tahap keseriusan kecederaan dan penyakit yang dihidapi.

Penderitaan dan kesulitan itu bukan sahaja dihadapi oleh pesakit, bahkan oleh seluruh ahli keluarga yang terpaksa bergilir menunggu dan menjaga pesakit, bahkan, kadangkala, kesulitan ahli keluarga yang menanti penuh sabar dan tabah itu melebihi kesulitan dan penderitaan yang dialami oleh pesakit tadi.

Di saat negara mengalami kadar kemalangan jalan raya yang semakin tinggi, meragut ratusan nyawa dan mencederakan ribuan yang lain, wad ortopedik adalah wad yang paling ramai dihuni, dan wad yang paling baik untuk menimbulkan keinsafan. Jangan memandu laju lagi!! Lihatlah mereka! Berbungkus, berbalut, bersimen, tergantung, patah tangan, patah kaki, pendarahan otak, menggelupur, tidak sedarkan diri, nazak malah hilang nyawa di katil hospital.

Menyerahkan tugas berat kepada pesakit di wad ortopedik, bagai menyerah labu kepada tikus untuk dibaiki. Diri sendiri pun tak mampu diuruskan lagi, malah sekumpulan penghuni awad ortopedik tak mungkin mampu menangkap seekor kucing yang melarikan sarapan pagi mereka, malah kadang-kadang lalat yang hinggap di batang hidung tak mampu dihalau.
Kebanyakan mereka berak dan kencing dimana mereka tidur, dan keluarga dan jururawatlah yang akan melakukan tugasan �berat� seterusnya.

Menatap barisan kabinet baru Pak Lah seolah-olah melintasi dan berhenti sejenak di sebuah wad ortopedik di musim perayaan. Dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan, deretan wajah-wajah tokoh yang situasi sebenar mereka seolah-olah mereka adalah penghuni wad ortopedik.
Zahir mereka nampak sihat dan cantik, hakikat sebenar disebalik senyuman penuh makna mereka itu, sedang tersembunyi seribu penderitaan dan kecacatan serta ketidakupayaan.
Berkerusi roda, bertongkat, terpaksa dipapah untuk ke bilik air, berbalut, bersimen, lumpuh dan ada yang patah hati. Doktor dan jururawat berkejaran melakukan prosedur rawatan kecemasan, ahli keluarga mengeluh keresahan, kesedihan dan mencongak masa depan. ....dan seterusnya

Komen: Bagi saya, article ini amat menarik, tidak bermaksud ingin ta'sub kepada mana2 parti politik tetapi adalah kerana ulasan yang diberikan dengan menggunakan ilmu balaghah (majaz/kiasi) yang sesuai menggambarkan situasi politik sebenar yang berlaku di negara kita pada hari ini. Terpulanglah nak menilainya macam mana, tapi sama-samalah kita memikirkannya dengan menggunakan akal yang waras.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP