Tuesday, January 20, 2004

Istiqamah seorang pejuang
Oleh Mohd Sayuti Omar

�Dalam pada kita perlu ingat kemenangan sebenar di dalam perjuangan, (kalau dalam pilihan raya � politik) bukan semestinya apabila mendapat kerusi. Tidak bermakna apabila kita berjaya membentuk kerajaan kita sudah menang. Tetapi kemenangan sebenar dalam sesuatu perjuangan ialah kematian. Kita mati dalam perjuangan!�

Sahabat yang tadi sudah pulih dari semangat rendah diri kini terusik sedikit emosinya apabila mendengar kata-kata saya itu. Nasi yang cuba disuap ke mulutnya dibiarkan semula ke pinggan.

�Apa guna kita menang, dapat kerajaan selepas itu kita menjadi kufur dan lalai, atau semangat jihad kita jadi berkurangan,� sambung saya berfalsafah dan menjelaskan maksud sebenar kata-kata.

�Inilah penerangan yang kita hendak dengar, penerangan ini jarang diberikan oleh penceramah kita, syeikh. Mereka (orang Melaka) tidak faham ini,� sambungnya lagi penuh bersemangat. Seluruh mukanya merah bagaikan bunga raya kembang pagi.
�Mereka belum faham hakikat ini syeikh,� keluhnya dengan wajah kesal.

Justeru kata saya lagi, �dakwah dan tarbiah perlu diperhebatkan lagi. Bukan sahaja setakat ceramah, tetapi pendekatan cara lain juga. Lakukan kebajikan, tunjukkan akhlak yang baik, bersih kubur dan masjid, bantu orang miskin dan sebagainya. Lama-lama orang akan terima perjuangan kita.�
�Seperkara lagi syeikh, perjuangan yang kita mulakan hari ini, bukan boleh menang hari ini juga,� ujar saya. �Seperti kita tanam pohon merbau, bukan boleh diambil balaknya hari ini, tetapi menuggu masa lama, sepuluh atau dua puluh tahun, yang dapat merasainya pula bukan kita tetap anak cucu cicit kita,� sambung saya lagi juga bersemangat.

�Kita kena ingat pohon kayu itu tidak akan membesar malah tidak pun tumbuh kalau kita tidak menanamknya mula hari ini. Jadi untuk mewujudkan balak dua puloh tahun akan datang kita kena mulakan dari sekarang. Sebenarnya orang Melaka telah lama memulakan perjuangan ini, dah hasilnya pasti akan dapat ditunai, itu janji Allah,� balas saya. Sahabat itu tenang dan tersenyum puas.


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP