Thursday, January 15, 2004

Emel buat PM: Tangguhkan Program Latihan Khidmat Negara Wednesday, January 14 @ 17:32:32 MYT


Oleh FONG PO KUAN
SAYA telah menulis satu e-mail kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar Perdana Menteri dapat membuat satu keputusan menangguhkan perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara ini yang telah dijadualkan bermula pada 16 Februari ini di mesyuarat Kabinet esok hari.

Kandungan e-mail saya adalah seperti berikut:

YAB Perdana Menteri yang dihormati,
Ini adalah kali pertama saya menulis kepada YAB Perdana Menteri dengan harapan bahawa YAB Perdana Menteri dapat membuat satu keputusan menangguhkan perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara ini yang dijadualkan bermula pada 16 Februari ini.

Kelemahan perancangan Program ini, yang akan menggunakan wang sebanyak RM 500 juta (berkemungkinan lebih) amat perlu dipertimbangkan keperluan perlaksanaannya di bulan Februari agar objektif Program ini dapat dicapai iaitu membentuk semangat patriotisme, perpaduan dan perwatakan positif generasi muda.

Kelemahan perancangan Program ini dan ketidaksediaan perlaksanaannya dapat dilihat daripada maklumbalasa orangramai terutamanya, para ibubapa dan pelajar yang terpilih dan masalah-masalah yang timbul:

1. Di peringkat awal, adalah dicadangkan Program ini diwajibkan ke atas 480,000 peserta yang dilahirkan pada tahun 1986. Apabila mendapati ketidakmampuan menampung kos yang tinggi, program ini hanya diwajibkan ke atas 100,00 orang pelajar yang terpilih sahaja. Akan tetapi, kini, senarai pelajar yang terpilih hanya 85,000 peserta sahaja.
Jumlah peserta yang akan menyertai adalah kurang daripada 85,000 memandangkan telah timbul situasi pelajar yang terpilih tetapi masih di peringkat persekolahan atau menyambung pendidikan di luar negeri dan sebagainya.

2. Masalah kekurangan pelatih untuk menjalani program ini, terutamanya dari kaum bukan Melayu.

3. Semasa pengumuman senarai pelajar terpilih telah menimbulkan pelbagai kesulitan serta beban kewangan kepada para ibubapa dan pelajar, di mana talian hotline Jabatan Khidmat Negara tidak dapat dihubungi. Caj SMS sebanyak RM2 dan tidak dijawab di dalam masa yang singkat telah turut menambah beban kewangan ke atas pelajar.

4. Disebabkan kegagalan mengambilkira pelajar yang masih bersekolah walaupun dilahirkan pada tahun 1986 atau meneruskan pendidikan di luar negara, (jika senarai diumumkan lebih awal, masalah ini dapat dielakkan) Jabatan baru mengemukakan enam (6) garispanduan alasan-alasan yang bolehterima untuk penangguhan menjalani Program tersebut.

5. Peserta yang dihantar ke negeri lain daripada negeri asal mereka untuk menjalani Program ini telah menimbulkan pelbagai kesulitan, kerisauan dan beban kewangan kepada para ibubapa.
Jabatan telah memberi alasan keperluan integrasi penduduk di antara negeri, adalah alasan yang lemah. Sebenarnya, saya percaya adalah ketidakmampuan kemudahan di sesebuah negeri menampung peserta di dalam sesebuah negeri tersebut.
Seorang ibu yang tinggal di Kelantan telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa anaknya dihantar untuk menjalani Program di Kedah dan selepas itu, program disambung di Shah Alam.
Walaupun pihak kerajaan akan menampung kos perjalanan untuk lapor diri oleh peserta dengan menyediakan kemudahan bas atau tiket penerbangan, tetapi para ibubapa akan menghadapi masalah untuk melawat anak-anak mereka kerana masalah kewangan dan jarak perjalanan .

6. Para ibubapa masih risaukan keselamatan anak mereka yang akan menjalani Program ini.
Sehingga hari ini, kandungan terperinci berkenaan cara perlaksanaan keempat-empat modul Program masih belum diumumkan.
Hanya menunjukkan infrastruktur seperti katil, khemah dan jadual harian adalah tidak dapat menyakinkan para ibubapa terhadap program ini.

7. Seperti yang dilaporkan, Jabatan mengalami kekurangan peserta dari kalangan bukan Melayu. Jika kemudahan adalah dapat menampung seramai 85,000 orang peserta, kekurangan peserta hanya membayangkan Jabatan tidak memaksimumkan kemudahan dan peruntukan untuk program ini.

8. Kesediaan kemudahan untuk menjalankan Program ini. Adalah dilapurkan bahawa walaupun kemudahan tidak sedia pada waktu yang ditetapkan oleh pihak kontraktor, pihak Jabatan mempunyai pelan yang alternatif.
Persoalannya, apakah kos tambahan yang digunakan dan apakah kemudahan yang disediakan secara tergesa-gesa dapat menjamin keselamatan para pelajar.
Oleh itu, saya menyeru YAB Perdana Menteri dapat mengambilkira pandangan dan maklumbalas ini serta memahami perasaan para ibubapa dan pelajar terhadap Program ini.

Sekian, terima-kasih.

Yang benar,
Fong Po Kuan
Ahli Parlimen
Kawasan Batu Gajah

Apakah kesemua masalah yang telah timbul ini boleh diklasifikasinya seperti yang dikatakan oleh Dato Seri Najib sebagai ?perkara operasi? (operational matter)?
Hari ini media melapurkan lagi kelemahan perancangan Program Latihan Khidmat Negara di mana sebanyak lebih kurang 4,000 orang pelajar yang telah dipilih untuk menjalani program tersebut tetapi tidak dapat diserahkan surat oleh pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh para pelajar, ibubapa, organisasi sejak pengumuman senarai nama pelajar yang terpilih bukan setakat perkara operasi, tetapi adalah akibat daripada kelemahan perancangan, tindakan tergesa-gesa meluluskan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 dan keengganan oleh pihak Kementerian menjalankan satu konsultasi yang lebih sempurna semasa peringkat perancangannya dengan semua pihak.

Adalah menjadi kerisauan orangramai bahawa lebih masalah akan timbul di peringkat perlaksanaannya di bulan Februari, lebih-lebih lagi oleh ibubapa berkenaan isu keselamatan anak-anak mereka.
Saya telah menulis kepada Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara pada 7.1.2004 dan dihantar secara pos laju (courier) untuk satu lagi tarikh temujanji bagi membincangkan dan memaklumkan persoalan para ibubapa dan pelajar.
Tetapi kesalnya saya masih belum menerima sebarang jawapan daripadanya. Panggilan telefon ke Jabatan dan mesin fax masih tidak dapat dihubungi.

Harakahdaily.net


Bijak budak UIA

Sebelum pergi ke kelas di IRK department, sempat singgah dan tengok sambutan yang diberikan oleh para pelajar (ramai juga dr kalangan pelajar sekolah) ketika menyambut kehadiran yang berhormat-yang berhormat sempena Majlis Konvokesyen Tun Dr Mahathir pagi tadi.
Apa yang menggembirakan saya ialah, dapat lihat pelbagai jenis/colour bendera telah dikibarkan sebagai tanda penghormatan dan bendera yang paling besar (tak silap saya) ialah bendera yg colournya warna HIJAU beserta LAMBANG UIA DI TENGAH, kawan-kawan saya tersenyum tengok bendera tu, sbb sebelum ni warna biru tapi hari ni bertukar jadi colour hijau ( kawan saya kata, dengan adanya bendera itulah, nampak berseri sikit sambutan ni)....saya just senyum je....

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP