Thursday, January 29, 2004

Eidil Adha (Hari Raya Korban)
-Suara dari mimbar, Brunei Darul Salam


Masa itu berlalu begitu cepat di mana Hari Raya Aidiladha tahun 1423 dirasakan baru sahaja berlalu, kini tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha tahun 1424 Hijrah, Hari Raya Haji dikenali juga dengan nama Hari Raya Korban. Pada hari tersebut, umat Islam yang berkemampuan dan berhajat untuk melakukan ibadat korban akan menyembelih binatang korban sebagai tanda syukur dan cinta terhadap Allah Subhanahu Wataala kerana agama Islam telah mensyariatkan ibadat korban itu sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala.

Ibadat korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana Baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat Baginda melakukan ibadat korban. Ini memandangkan ibadat korban itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihan-kelebihan yang memberi kebaikan kepada diri kita, ugama dan masyarakat. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam yang mampu seharusnyalah mengambil iktibar terhadap galakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada sahabat-sahabat Baginda untuk berbuat demikian.

Korban dari segi bahasa bererti dekat dan dari segi istilah syarak pula korban bererti mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala dengan jalan menyembelih binatang dengan niat yang tertentu dan dalam waktu yang tertentu pula. Ibadat korban dilakukan pada Hari Raya Adha atau pada hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah. Menurut Mazhab Al-Imam As-Syafie hukum ibadat korban ialah sunat muakadah dan binatang-binatang yang hendak dikorbankan itu hendaklah terdiri daripada unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dengan syarat binatang yang hendak dikorbankan itu hendaklah selamat daripada aib yakni kecacatan mengikut hukum syarak.

Ibadat korban terbahagi kepada dua: korban nazar dan korban sunat. Menurut hukum syarak daging korban nazar wajib disedekahkan keseluruhannya, sementara daging korban sunat dilakukan seperti berikut:

Pertama : Kesemua daging korban tersebut disedekahkan kepada fakir dan miskin dan bagi orang yang berkorban bolehlah mengambil sedikit sekadar beberapa suap untuk mengambil berkah dari korban tersebut.

Kedua : Daging korban tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga dihadiahkan kepada umat Islam dan satu pertiga lagi untuk orang yang berkorban.

Sesugguhnya amalan ibadat korban itu mengandungi banyak hikmah dan fadilat antaranya:

Pertama : Supaya kita sentiasa ingat terhadap kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban dan Allah menggantikan dengan seekor kibas.

Kedua : Memupuk semangat prihatin dan pemedulian terhadap masyarakat sesama Islam khususnya golongan yang tidak berkemampuan iaitu fakir dan miskin dengan memberikan daging korban tersebut kepada mereka.

Ketiga : Sebagai tanda syukur kepada Allah Subhanahu Wataala terhadap nikmat-nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita.

Keempat : Menanamkan nilai-nilai murni yang digalakkan oleh Islam ke dalam jiwa seperti sifat belas kasihan, sikap penyayang, bekerjasama, suka menolong, bersedekah dan sebagainya. Kandungan selanjutnya


+++++Selamat Menyambut Eidiladha buat sahabat-sahabat semua khususnya, seluruh umat Islam amnya. Hiasilah hari raya yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini sebagaimana yang disarankan oleh Islam dan selamat melaksanakan ibadah kepada yang mampu.

Saya pun melaksanakan ibadah korban juga. Sape-sape yang ingin menikmatinya, datanglah ke rumah...tapi ada syarat; wajib bawa hasil/daging korban masing2....saya korban, jeng jeng jeng.....ikan dan ayam.....best kan?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP