Friday, December 19, 2003

Wasiat Sayyidina Umar Al-Khattabkepada ketua tenteranya Saad bin Abi Waqas ketika beliau mengutuskannya untuk pembukaan Parsi.

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad, dan juga mereka yang bersamamu supaya bertaqwa kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh serta tipu daya mereka dalam peperangan. Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersamamu supaya menjauhi dari maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam...

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah disebabkan kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal ini, nercaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan. Jumlah tentera kita jika dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah sebanyak mereka. Maka, jika sama amalan dan tingkah laku kita dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya segala kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka...

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah, sudah pasti kita tidak mampu menandingi kehebatan mereka.

Ketahuilah, bersama kamu sekalian adanya malaikat yang sentiasa menjaga keselamatan kamu dan malaikat-malaikat ini adalah wakil dari pihak kerajaan Allah untuk menjaga kamu supaya merasa selamat... mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Maka, kamu hendaklah merasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu mengatakan bahawa pihak musuh lebih hina daripada kita..ataupun mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan...

Sentiasalah memohgn pertolongan daripada Allah agar menghilangkan penyakit yang ada pada diri kita sebagaimana kamu memohon pertolongan agar Allah mengalahkan musuh-musuhmu...berdoalah untuk sekalian para mujahidin dan dirimu sendiri...

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP