Monday, December 22, 2003

Kekasih Allah

Menyingkap tabir sejarah
membawa diri jauh menjelajah
mengukir kemenangan indah
islam kini telah gah
kerana perjuanganmu ya rasulullah...

segala liku tabah kau tempuhi
diselami akhlak yang terpuji
walau telah berabad dikau pergi
namun pengorbananmu terus dikenangi
terdetik rasa kesal di hati
wajahmu tak mampu kutatapi
suaramu tak dapat aku dengari
menyebarkan risalah yang suci
walau ditentang dihina dimaki
engkau terus tabah menempuhi
kerana iman beraja di hati
kerana islam sanggup kau harungi....

ya rasulullah,
pinjamkan aku sedikit semangatmu
hadiahkan aku seteguk keimananmu
agar aku mampu meneruskan perjuanganmu
dengan iman teguh di kalbu
moga dapatku jadi umatmu
yang memperoleh syafaatmu
di hari yang sentiasa ditunggu
kanku gagah ketika itu
kerana diriku adalah umatmu
yang sentiasa aku rindu
kan kucuba amalkan sunnahmu
kan kuingat segala pesananmu
cintamu kepada umatmu
terlalu berharga bagiku
dipenghujung usiamu
terlahir kebimbangan tentang umatmu....

ya rasulullah,
selawat dan salam aku laungkan
tanda ingatan yang terus berkekalan
dakwah sucimu kan cuba kuteruskan
walau nyawa menjadi taruhan
cintamu kudambakan
sebagai jambatan cinta tuhan
moga kita akan ditemukan
di hari perhitungan amalan
sebagai umatmu di akhir zaman
yang berjaya menempuh rintangan
terus berada dalam kebahagiaan dan keredhaan...

diambil drp email yang diterima.


moga kelahiran kita menjadi penyambung kepada rantai-rantai perjuangan rasulullah s.a.w, INSYAALLAH................

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP