Saturday, December 27, 2003


Akan kukenangi pemergianmu

Di manakah hendak kumulakan pengalaman sedihku ini...masih adakah insan yang sudi menerima dan mnedengarnya...

Mulanya ku jatuh hati pada si dia yang ku panggilnya Macer atau nama penuhnya Shumacer. Di antara kami jauh berbeza kata orang macam langit dengan bumi. Dengar namanya pun dah boleh agak, dia memang berlainan sekali daripada aku dan keluargaku.

Pertemuan pertama kami memang tidak diduga. Aku masih ingat lagi pada cuti pertengahan yang beberapa hari itu...Aku telah menghabiskan cutiku itu dengan tinggal bersama mak long di rumahnya di kampung Sungai Indah, beberapa kilometer daripada rumahku. Boleh dikatakan kullu yawm, aku mesti pergi ke Jeti Biru yang tidak terlalu jauh dengan rumah mak long. ...hatiku mula berpaut dengan suasana yang wujud di tempat itu...tak tahu kenapa. Mungkin kerana keindahan alam semula jadi yang kuanggap berbeza dengan tempatku. Tidak dinafikan, kulihat ramai juga muda-mudi yang berpasang-pasangan sedang berasmara.

Pada suatu hari, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mak long, kurasakan macam ada sesuatu yang mengekoriku. Aku menoleh ke belakang dan dia hanya tersenyum. Ah, benci aku tengok muka dia dan gaya berjalannya pun seperti baru saja lepas minum......
Sehinggalah aku menahan sebuah teksi dan tanpa kusedari dia terus masuk dan duduk disebelahku. "Apa ni?", desis hatiku. Aku tidak kenal siapa dia dan lihat saja gaya dia, sesungguhnya dia tidak layak untukku. Namun dia hanya diam seribu bahasa. Dari raut wajahnya aku mensyakki mungkin dia tersesat jalan dan mengharapkan simpati daripadaku. Mungkin dia tidak faham bahasaku dan aku lagilah tidak memahami bahasa yang digunakannya. Bila tiba di rumah mak long aku dapati Macer turun bersamaku dan apa yang amat mengejutkanku lagi dia mengekoriku. "Ini leceh ni, matilah aku kena marah dengan mak long. Mesti dia mensyakki aku yang bawa Macer pulang, sedangkan aku tidak kenal asal -usulnya". Rupa-rupanya sangkaanku meleset sama sekali. Mak long menyambut Macer dengan penuh kegembiraan. Mak long menyuruhnya mandi dan makan bersama kami. Setelah selesai mandi dan makan, kulihat Macer yang tadi macam....tapi kali ini bertambah 'cun'. Aku dah mula jatuh cinta dengannya, terutama pada matanya yang bewarna kecoklatan itu. Setelah beberapa hari Macer tinggal bersama aku dan mak long, aku mengambil kesempatan untuk meluahkan perasaanku padanya.Macer punyalah suka sehingga tidak terkata. Rupa-rupanya perasaan Macer pun sama juga denganku. "Macer, selama ini aku membenci kaum sejenismu. Dan ramai yang telah aku kecewakan sehingga mereka tidak berani lagi untuk menghampiriku. Tapi kehadiranmu Macer telah membuka pintu hatiku ini untuk menyayangimu", itulah ayat yang telahku bisikkan ke telinga Macer. Untuk dipendekkan cerita, aku dan Macer sentiasa bersama walau ke mana jua. Dia tidak pernah bercerita tentang keluarganya dan tidak sedikit pun rindu pada negerinya. Macer juga mudah mesra dengan orang kampung mak longku. Sikapnya yang rajin, memahami dan manja membuatkan aku tidak mahu berpisah dengannya.

Pada suatu hari kulihat Macer murung dan senyap saja. Kutanya kenapa tapi dia hanya diam membisu. Kufikir mungkin Macer sakit, lalu kuajak dia berjumpa doktor. Ketika menunggu teksi di tepi jalan, tanpa kusedari sapu tangan yang kupegang terlepas melayang ke tengah jalan. Dengan pantas Macer berlari untuk mengambilnya. Tiba-tiba kulihat sebuah kereta Proton Iswara meluncur laju merempuh Macer. Aku tidak sempat untuk menyelamatkan Macer. Tidak kusedari, air mataku turun laju tanpa menghiraukan orang di sekelilingku. Bertambah pilu hati ini, bila Macer merengek kesakitan dengan darah yang membasahi tubuhnya. Kuheret Macer ke tepi jalan. Setelah manatap wajahku buat seketika...."Macer!!!!!!!!!!", alangkah hancurnya hati ini, harapanku untuk membawa dia pulang ke rumahku untuk berjumpa dengan ayah dan ibuku tidak kesampaian juga. "Macerku, takdir telah menentu segala-galanya. Kau pergi adalah untuk selama-lamanya.

Beberapa hari selepas peristiwa itu, aku sentiasa menangis mengenangkan peristiwa-peristiwa yang telahku lalui bersama Macer.

Ketika aku sedang sedih dengan pemergian Macer, kawan-kawan asyik mengejekku. Kata mereka buat apa perlu menangis, Macer kan hanya seekor binatang. Tapi bagi aku, Macer adalah segala-galanya. Dia penghibur ketikaku dalam kesedihan, dia peneman setiaku ketikaku dalam kesunyian. Oh Macer, engkaulah satu-satunya kucing kesayanganku........

Tamat

Sedihkan kisahnya! Kisah ini telah saya ubahsuaikan daripada majalah sekolah, nukilan Syamaya, pelajar tingkatan 4. Suka kisah ni, sebab jalan ceritanya best, membuatkan kita tercari-cari siapakah Macer sebenarnya. Tak sangka la pula rupa-rupanya makhluk Allah yang itu....

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP