Saturday, September 06, 2003

Tahniah dan syabas !

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah bertanding dalam pilihanraya beberapa hari yang lepas dan syabas diucapkan kepada calon2 yang telah memenangi kerusi PARLIMEN tersebut ( terutama di Uia ).

Setinggi2 tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya yang telah banyak mengorbankan tenaga,masa dan duit demi utk memastikan kemenangan dalam pilihanraya 2003/2004. Memang tidak dinafikan, ada di kalangan kita sampai 2 malam berturut2 tak tidur kerana terpaksa bahagi masa, 1/2 malam utk menyiapkan kerja2 utk pilihanraya dan separuh lagi persediaan utk test ke-2 (test, 2 hari berturut-turut). Siang apatah lagi, masa diberikan sepenuhnya utk gerak kerja pilihanraya...inilah contoh pengorbanan yang diberikan oleh insan yang benar2 faham dan bermatlamat ( utk memastikan mrk yang benar2 layak shj memenangi kerusi PARLIMEN di taman ilmu,iman,akhlak dan budi ini). Semoga segala usaha kita diberkati,diredhai dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.

Kepada semua ahli parlimen, laksanakanlah amanah yang telah diberikan dengan sebaik yang mungkin...ikhlaskan hati dan jangan takut demi kebenaran...semoga Allah sentiasa memberi petunjuk, pertolongan dan sentiasa mempermudahkan segala gerak kerja yang telah dirancang. Insyaallah, kita sama2 berganding bahu utk menghasilkan biah solehah di UIA ini...

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP