Sunday, August 31, 2003

Islam: Sejauh manakah sumbangan kita sebagai pelajar Islam kepada agama kita sendiri...

Kadang-kadang kita kagum dengan
kelebihan orang lain yang pandai bagi ceramah, tazkirah, mengarang dan sebagainya, sebab kita rasa diorang mempunyai peluang yang luas untuk menyebarkan Islam. Sekaligus terfikir juga, alangkah bagusnya jikalau aku dikurniakan kelebihan seperti mana mereka semua.

Sebenarnya,Islam itu tersebar bukan sahaja melalui ceramah dan penulisan, tapi adalah juga melalui tingkah laku kita. Mungkin kita tak mampu untuk berceramah dan menulis, tapi kita mampu tonjolkan Islam dengan akhlak yang baik melalui pergaulan kita setiap hari. Oleh yang demikian, tampilkanlah syakhsiah diri yang terbaik seperti mana yang telah ditetap dan disarankan oleh agama kita, tidak kira di mana kita beradadan dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, bermula daripada bangun tidur sehinggalah kita tidur. Kadang-kadang dakwah melalui tauladan ini lebih berkesan berbanding dengan bentuk2 dakwah yang lain.

Sebagai contoh, Qiyamullail. Memang kita tahu bahawaQiyamullail itu banyak fadhilatnya dan melakukannya adalah sangat dituntut terutama kepada sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam, tapi kadang2 kita tak mampu lagi nak melawan nafsu kita untuk meninggalkan tilam yang empuk, untuk mengadap Allah s.w.t. Padahal kita tahu bahawa ia adalah salah satu sumber kekuatan luaran dan dalaman/iman kita kepada Allah s.w.t dan pada waktu ini juga, doa seseorang itu mudah dimaqbulkan. Dengan keberkatan daripada Qiyamullail ini, kadang2 room-mate kita yang selalu solat subuhgajah pun, jadi berubah... yang dulu solat subuh pukul 7, tapi sekarang dia yang kejut kita untuk berqiyamullail.

Begitu juga dengan solat di awal waktu... seelok-eloknya 5 minit sebelum azan, kita dah ready dengan wudu' dan bersiap2 untuk mengumandangkan azan (lelaki) dan menunaikan solat (perempuan). Sahabat2 kita yang lain yang suka meremeh-temehkan solat di awal waktu ni..dengan sendirinya akan terikut, sehingga 10 minit sebelum tiba waktu solat, dia dah bagi isyarat red light kat kita... bukan tanda apa, tapi sebagai peringatan bahawa waktu solat dah nak tiba..supaya kita stopkan dulu kerja2 yang lain,untuk bagi laluan kepada solat fardhu...dia bimbang, kalau2 kita pula yang lupa!

Banyak lagi contoh2 yang lain, tapi satu lagi contoh yang boleh kita kongsi.. iaitu berkenaan dengan salam. Kadang2 kita hanya bagi salam kepada sahabat2 yang rapat dan sama fikrah dengan kita sahaja. Kali ini, kita sama2 buat perubahan..kita cuba bagi salam pada sape2 sahaja yang kita jumpa (muslim), tak kiralah dia tu fikrah apa dan macam mana penampilannya. Mungkin mula2 kita segan,tapi bila kita cuba perlahan-lahan, insyaallah boleh!.. syaratnya dengan niat ikhlas iaitu untuk merapatkan ukhwah sesama umat Islam.

Sebagai kesimpulannya, Allah telah mengurniakan kepada setiap insan itu kelebihan dan kelemahan masing2 yang mana ianya berlainan di antara satu sama lain. Ianya bertujuan, untuk membuktikan kekuasaan, kebijaksanaan dan keadilan allah s.w.t terhadap hamba2nya yang mana kekuasaan itu mengatasi segala kuasa yang ada pada makhluknya. Dengan adanya kelebihan dan kelemahan yang pelbagai inilah menjadikan kita seorang yang sentiasa merendah diri, bertolak ansur, hormat-menghormati dan saling bantu-membantu/lengkap-melengkapi di antara satu sama lain kerana sesuatu kebahagiaan itu tidak akan tercapai jika kita tidak saling faham-memahami di antara satu sama lain.

Tidak semua perkara yang baik itu ada pada diri kita dan tidak semua perkara yang kurang baik itu ada pada diri kita.

Sama2lah kita cari di mana kelebihan/kekuatan diri kita dan ke arah mana kita telah sumbangkannya selama ini... dan sama2lah kita cari juga di mana kelemahan diri kita dan adakah kita cuba berusaha untuk memperbaikinya ke arah kebaikan ataupun di sebaliknya.

Kalau boleh, jika kita melihat di mana kelebihan dan kekurangan yang ada pada sahabat2 kita... sama2lah kita cuba untuk mempertingkatkan kelebihannya serta memperbaiki kekurangannya demi untuk kemantapan umat Islam itu sendiri...

Inilah sedikit pengisian rohani, semoga ianyadapat memberi manfaat kepada kita semua. Sama2lah kita merenungnya dengan mata hati, menilainya dengan akal fikiran dan mengamalkannya dengan anggota badan.

Apa-apa yang kita lakukan, dengan niat ikhlas untuk memperjuangkan agama Islam, insyaallah akan dinilai oleh Allah s.w.t.

Jangan lupa sahabat2 semua, pilihanraya kampus akan berlansung pada 4/9/2003, hari Khamis, bermula pada pukul 9.00 pg - 5.30 ptg. Sama2lah kita turun untuk berpilihanraya..ajaklah kawan2 kita yang lain... gunalah peluang keemasan sekali setahun ini dengan sebaik2nya...laksanakanlah salah satu daripada kewajipan kita sebagai pelajar Islam ini dengan sebaik yang mungkin... pilihlah bakal2 pimpinan yang benar2 ingin menegakkan/melaksanakan Islam di universiti kita ini, lebih2 lagi di taman ilmu,iman,akhlak dan budi ini. ( saje je tambah iman+akhlaq).

Akhir sekali,sama2lah kita doakan, agar pilihanraya kampus yang akan berlangsung tak lama lagi bukan sahaja di UIA, tapi di seluruh IPT, berjalan dengan lancar dan bersih daripada anasir2 yang tidak sihat.

Semoga Allah memberi kemenangan hanya kepada mereka yang benar2 ikhlas untuk memartabatkan dan memperjuangkan Islam di IPT masing2, terutamanya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

La Tahzan Wa La Takhaf, Innallah Da Iman Ma'al Mukminin.

Insyaallah...umat Islam boleh...sama2 kita doakan...

Dan INGAT!!!!! Tangan2 kitalah yang menentukannya...( undilah berdasarkan ilmu dan iman, bukannya nilaian luaran semata2....)

Wassalam.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP