Monday, August 04, 2003

Dalam menghuraikan perkara al-fahmu, as-Syeikh Said Hawwa telah menegaskan,

"Kita perlu mengetahui akliah manusia yang kita bercakap dengannya. Dan berdasarkan inilah kita berbicara dan melakukan dakwah. Di sana terdapat muslim asli yang telah disesatkan oleh pemikiran orang-orang kafir. Di sana terdapat muslim yang asli. Di sana terdapat muslim yang lalai. Di sana terdapat muslim sufi. Di sana terdapat muslim salafi. Di sana terdapat manusia dunia, dan disana terdapat pula yang sentiasa mengharapkan akhirat.

Berdasarkan ini, kita perlu mengetahui cara untuk kita berbicara dengan mereka ini. Kita perlu mengetahui di mana kita harus memulakan (perbincangan ini) dengan mereka.

Umpamanya seorang sufi yang 'abid (kuat beribadah), kita hendaklah mengalihkan perhatiannya kepada kefahaman bahawa di sana terdapat kewajipan-kewajipan yang dimestikan; seperti menegakkan kerajaan Allah dan seperti kewajipan berusaha meletakkan kalimah Allah supaya menjadi kalimah tertinggi di dalam alam ini. Juga (seperti memberi kefahaman) bahawa orang-orang muslim itu adalah berbentuk satu jamaah sahaja. Semua ini hendaklah disampaikan dengan dalil yang paling jelas.

Adapun seorang muslim yang tidak memahami masalah kita, maka perlulah memberitahu kepadanya siapa kita. Perlu memberitahu kepadanya apa yang kita perbuat untuknya dan apa pula yang kita harap daripadanya. Kita juga perlu memberitahunya bagaimana perkara ini diwajibkan ke atas kita dan juga ke atasnya. Juga perlu diberitahu bagaimanakah kita dan dia wajib bekerjasama.

Adapun seorang muslim yang jahil tentang Islam, maka kita wajib mengajar Islam kepadanya. Semua itu hendaklah dijalankan dengan dada yang lapang lagi sabar.

Adapun seorang muslim yang salaf, kita hendaklah menjelaskan bahawa dakwah kita adalah dakwah salafiah. Dan kita patuh dengan kaedah salaf, dari segi ilmu kita, dari segi amalan kita, dan dari segi harakah kita, yang kesemuanya akan membawa kepada tertegaknya daulah Islamiyyah mengikut kaedah salaf itu. Kita hendaklah menyeru seorang muslim salafi supaya jangan membenarkan syaitan memisahkan dia * dengan orang-orang yang ikhlas, yang bekerja menolong menegakkan jalan Allah. (Editor: * seperti berkata keras dengan mereka serta menggunakan perkataan yang melampaui batas)

Adapun seorang muslim yang telah disesatkan oleh musuh-musuh Allah ('azza wajalla), maka kita perlu mengembalikan kepercayaannya kepada Islam, kepada al-Quran dan kepada prinsip-prinsip keimanan. Ini dilakukan dalam masa kita mengemukakan hujah-hujah keimanan dan semasa memperkatakan tentang fenomena mu'jizat al-Quran. Kita perlu melihat titik kecacatan dalam keimanannya, dengan itu kita akan memusatkan perhatian kita disitu. Kita juga perlu melihat titik kesalahan di dalam tanggapannya, maka kita perlu membetulkan tanggapan yang salah itu. Ini dilakukan semasa kita mengadakan perbincangan dengan dia atau pun semasa kita mengemukakan kitab kepada dia.

Kita hendaklah ingat bahawa kita sendiri adalah sentiasa bertempur dengan orang-orang kafir dan syaitan yang cuba merasuk orang-orang Muslim. Sesungguhnya kita tidak membenarkan kekufuran dan tidak membiarkan syaitan mengalahkan kita dan saudara kita. Ini dilakukan seberapa yang dapat.

Adapun apabila kita mendakwahkan orang-orang kafir, maka kita perlu membuat pemusatan ke atas titik permulaan yang mana titik tolaknya bermula dengan keimanan dengan Allah, keimanan dengan rasul-rasulNya dan keimanan dengan wahyu yang diturunkan.

Kalau kita dapat mengikuti hal ini, maka langkah kita sesudah ini akan menjadi mudah."


(Dipetik dari : Sa'id Hawwa, Pendidikan Harakah Islamiyyah : Syarah Risalah al-Ta'alim, Dewan Pustaka Fajar, 1999)

links:
Bahan bacaan gol. Salalafiyy (in arabic)

Aliran salafiyy yang menyokong gerakan Islam:
http://www.sahwah.net (in arabic)
http://www.aldawah.net (in arabic)
http://salafi.net (in arabic)
http://www.geocities.com/sprefutations

Aliran salafiyy yang 'keras':
www.salafipublications.com
http://www.rabee.net (in arabic)

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP