Thursday, July 31, 2003

X : Jangan undi Dr M! Dia amalkan kroni, rasuah. Penzalim.
Y : Anta ni, dia tu pemimpin negara. Banyak hadis-hadis sahih suruh kita jangan berkata kasar dengan pemimpin negara. Anta ni anti-hadis ke?
X : Habis tu... macam mana?
Y : Dalam sebuah hadith sahih riwayat tirmizhiyy, ziyaad.. berkata: pada suatu hari aku berada tepat di bawah mimbar Ibnu AMir bersama Abu BAkrah. Ketika itu Ibnu Amir sedang memberi khutbah dengan mengenakan pakaian tipis. LAlu Abu Bilal berseru; " Lihatlah pemimpin kita ini , ia mengenakan pakaian orang faasiq!! Abu Bakrah berseru: " Diamlah, sungguh saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang menghina penguasa ALlah di bumi nescaya Allah akan menghinanya.
X : Jadi?
Y : Tu lah. Grup2 anta ni bukan pernah mengaji hadis-hadis sahih macam ni. Ni main kutuk je pemimpin negara. Grup anta tu batil, sesat.
X : Aik,sedap nye mulut. Tu anta kata grup ana batil sesat tu apa macam?
Y : Grup anta tu pembangkang! Dr M tu pemimpin negara. Lain. DAlam ceramah-ceramah sedap je kutuk pemimpin negara, maki hamun. Batil tahu tak! Batil. Tak dengar hadis ana baca tu? Hadis sahih tu. Anta ni anti-hadis ke?
X : Aik, apa macam kat Serambi Mekah dengan Serambi Madinah? Siapa pembangkang siapa pemerintah? Ada komen? Rancangan Serambi Gerhana semua tu apa macam?
Y : Er..er..
X : Judi kat Genting apa macam? Kenapa bezakan pemimpin dengan rakyat? Kalau pemimpin tu amalkan Al-Quran dan al-Hadith, ana rasa sesuailah hadis tu. Kalau baru 4 hari memerintah kita terimalah tak mahu amalkan Islam. kalau 40 tahun? Antara menghina penguasa dengan menghina Allah dengan mencampakkan al-Quran dan al-Hadis mana teruk?
Y : er..er..

Hukum Mengkafirkan Pemerintahan Islam Menurut al-Quran, as-Sunnah Dan Manhaj Salaf as-Soleh

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP