Thursday, July 31, 2003

Pilihanraya haram?
A : Pilihanraya merupakan kaedah moden dalam mengembangkan prinsip syura.
B : Salah sheikh. Anta batil. Pilihanraya itu bida'ah. Demokrasi itu haram.
A : Habis tu? Boikot election? Macam mana nak pilih pemimpin negara?
B : Ikutlah manhaj salafussoleh. Dakwah! Dakwah! Orang macam anta ni semua gopoh nak tegakkan Islam melalui pilihanraya.
A : Al-Amr bil Ma'ruf kan wajib. Takkan nak biarkan Parlimen dikuasai oleh golongan sekular?
B : Ada dalil nabi guna pilihanraya? Hujah anta batil kalau tiada dalil sahih.
A : Habis tu... kaedah fiqh kita, al-aslu fi assyai ibahah? Asal tiap sesuatu itu harus melainkan ada dalil yang mengharamkannya. Anta tu ada dalil ke nak haramkan pilihanraya?
B : Itu semua bida'ah. Demokrasi itu tajaan Yahudi. Bida'ah. Haram. Batil. Ingat grup anta je ke yang tahu nak tadbir negara? Ingat pilihanraya aje ke nak tegakkan Islam?
A : La... kita masuk dalam setiap ruang yang ada. Boleh berpilihanraya, kita buatlah cara berpilihanraya. Dakwah pun dapat dikembangkan dengan lebih luas walaupun tidak semua sekali dapat disampaikan. Lagipun, ia sebagai alat nak tegakkan daulah.
B : Tu alat yang batil. Batil! Patut ke nak tegakkan Islam dengan kebatilan? Ada surat layang. Fitnah. Ikhtilat lelaki perempuan.
A : Oklah, ana bagi pen kat Salman Rushdie. Salman Rushdie buat fitnah kepada Islam hasil dari alat tadi (pen). Jadi, pen tu pun haram jugaklah? Bukan patut yang berdosa dan bersalah tu si Salman Rushdie ke? Patut ke nak hukum semua orang yang pen tu haram? Pilihanraya tu haram atau orang yang tidak menjaga adab dalam pilihanraya tu yang berdosa?
B: Er...

Hukum Pilihanraya

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP