Thursday, July 31, 2003

X : Jangan undi Dr M! Dia amalkan kroni, rasuah. Penzalim.
Y : Anta ni, dia tu pemimpin negara. Banyak hadis-hadis sahih suruh kita jangan berkata kasar dengan pemimpin negara. Anta ni anti-hadis ke?
X : Habis tu... macam mana?
Y : Dalam sebuah hadith sahih riwayat tirmizhiyy, ziyaad.. berkata: pada suatu hari aku berada tepat di bawah mimbar Ibnu AMir bersama Abu BAkrah. Ketika itu Ibnu Amir sedang memberi khutbah dengan mengenakan pakaian tipis. LAlu Abu Bilal berseru; " Lihatlah pemimpin kita ini , ia mengenakan pakaian orang faasiq!! Abu Bakrah berseru: " Diamlah, sungguh saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang menghina penguasa ALlah di bumi nescaya Allah akan menghinanya.
X : Jadi?
Y : Tu lah. Grup2 anta ni bukan pernah mengaji hadis-hadis sahih macam ni. Ni main kutuk je pemimpin negara. Grup anta tu batil, sesat.
X : Aik,sedap nye mulut. Tu anta kata grup ana batil sesat tu apa macam?
Y : Grup anta tu pembangkang! Dr M tu pemimpin negara. Lain. DAlam ceramah-ceramah sedap je kutuk pemimpin negara, maki hamun. Batil tahu tak! Batil. Tak dengar hadis ana baca tu? Hadis sahih tu. Anta ni anti-hadis ke?
X : Aik, apa macam kat Serambi Mekah dengan Serambi Madinah? Siapa pembangkang siapa pemerintah? Ada komen? Rancangan Serambi Gerhana semua tu apa macam?
Y : Er..er..
X : Judi kat Genting apa macam? Kenapa bezakan pemimpin dengan rakyat? Kalau pemimpin tu amalkan Al-Quran dan al-Hadith, ana rasa sesuailah hadis tu. Kalau baru 4 hari memerintah kita terimalah tak mahu amalkan Islam. kalau 40 tahun? Antara menghina penguasa dengan menghina Allah dengan mencampakkan al-Quran dan al-Hadis mana teruk?
Y : er..er..

Hukum Mengkafirkan Pemerintahan Islam Menurut al-Quran, as-Sunnah Dan Manhaj Salaf as-Soleh

Read more...

Pilihanraya haram?
A : Pilihanraya merupakan kaedah moden dalam mengembangkan prinsip syura.
B : Salah sheikh. Anta batil. Pilihanraya itu bida'ah. Demokrasi itu haram.
A : Habis tu? Boikot election? Macam mana nak pilih pemimpin negara?
B : Ikutlah manhaj salafussoleh. Dakwah! Dakwah! Orang macam anta ni semua gopoh nak tegakkan Islam melalui pilihanraya.
A : Al-Amr bil Ma'ruf kan wajib. Takkan nak biarkan Parlimen dikuasai oleh golongan sekular?
B : Ada dalil nabi guna pilihanraya? Hujah anta batil kalau tiada dalil sahih.
A : Habis tu... kaedah fiqh kita, al-aslu fi assyai ibahah? Asal tiap sesuatu itu harus melainkan ada dalil yang mengharamkannya. Anta tu ada dalil ke nak haramkan pilihanraya?
B : Itu semua bida'ah. Demokrasi itu tajaan Yahudi. Bida'ah. Haram. Batil. Ingat grup anta je ke yang tahu nak tadbir negara? Ingat pilihanraya aje ke nak tegakkan Islam?
A : La... kita masuk dalam setiap ruang yang ada. Boleh berpilihanraya, kita buatlah cara berpilihanraya. Dakwah pun dapat dikembangkan dengan lebih luas walaupun tidak semua sekali dapat disampaikan. Lagipun, ia sebagai alat nak tegakkan daulah.
B : Tu alat yang batil. Batil! Patut ke nak tegakkan Islam dengan kebatilan? Ada surat layang. Fitnah. Ikhtilat lelaki perempuan.
A : Oklah, ana bagi pen kat Salman Rushdie. Salman Rushdie buat fitnah kepada Islam hasil dari alat tadi (pen). Jadi, pen tu pun haram jugaklah? Bukan patut yang berdosa dan bersalah tu si Salman Rushdie ke? Patut ke nak hukum semua orang yang pen tu haram? Pilihanraya tu haram atau orang yang tidak menjaga adab dalam pilihanraya tu yang berdosa?
B: Er...

Hukum Pilihanraya

Read more...

Salafiyyah Wahabiyyah
Tidak semua ulama' aliran Salafiyy menentang jemaah-jemaah Islam. Ada di antara mereka yang menyokong jemaah-jemaah Islam tersebut.

Ada juga sebahagian syeikh2 salafi yg mendokong tokoh2 dan gerakan Islam atas alasan siyasah syar�iah serta tidak mahu menafikan kebaikan dan jasa yg dicurahkan oleh tokoh2 ini atau gerakan2 islam ini yg pada kenyataannya memang benar2 wujud. Syeikh2 ini kemudiannya berusaha utk menasihati dan menegur pemuda2 yg terbabit dgn gerakan islam agar meninggalkan mana2 amalan atau pemikiran yg dianggap salah atau bid�ah.

Ini adalah saranan dari syeikh bin bazz sendiri yg menganjurkan agar membantu gerakan Islam dgn cara antara lain memberi teguran dan nasihat kpd mereka. Boleh lihat fatwa ini dalam website syeikh Bin Baz.

Ada sebahagian syeikh2 salafiyah yg memang pada dasarnya menentang fikrah hizbiyah/partisan spt jamaah2 islam yg wujud hari ini


Ini adalah sebahagian perbahasan yang ada di link di bawah. sila baca dengan teliti.

Penjelasan sekitar perselisihan ulama Salafi dan Ikhwan

Pakdi : Yang bermasalah adalah golongan ekstremis yang tidak mahu berlapang dada dan mereka yang mengaji yang tak habis lagi tetapi sudah berani mengeluarkan fatwa sesuka hati.

Read more...

Cerai guna SMS tidak bermoral - Nik Aziz
Isu penutupan dua MRSM: Debat Syed Azman dengan Nazri 31 Julai
Blind Imperial Arrogance
The Faith Triumphant


Read more...

Thursday, July 24, 2003


sumber: danzigercartoons.com

Ulasan buku: Pra Syarat Kemenangan Kita (Barisan Alternatif)
Benchmark: Easy to occupy a country, but not to govern it
Imam yang menentang hukum Islam

Read more...

Wednesday, July 23, 2003


"Ustaz Fadzil Noor: Dia Guru, Dia Kawan" dan untuk Dr Mahathir "Dokumen Putrajaya, Pemikiran Mahathir: Pandangan Kedua". Buku-buku itu boleh didapati di Nufair Street 03- 40253525

Berjubah berserban sebagai satu nasihat
40 Hadith
Ucapan Dasar Muktamar 2003
Pembabitan Wanita dalam Pilihanraya
Saddam's sons, Uday and Qusay, dead: official

Read more...

Sunday, July 20, 2003

Lagi-lagi link menarik untuk dilayari bersama!
Berusahalah untuk menjadi seorang yang bermaklumat. Jangan mengasuh diri agar sentiasa disuap oleh orang lain. Di kubur kelak, kita keseorangan menjawab persoalan Malaikat Munkar Nankir.

cerita-cerita ISA7
Sejarah Perpecahan Gerakan Islam Malaysia - Penubuhan IRC Tidak Pelu

Read more...

1. Ucapan Dr Mahathir di majlis Pelancaran al-Quran Mushaf Malaysia.
2. Penulisan TG Nik Ab Aziz Nik Mat di Harakahdaily.

Memastikan al-Quran tidak disalah tafsir orang jahil
Malaysia negara Islam contoh?

Read more...

Friday, July 18, 2003

Muzik dalam Islam itu bagaimana?
Mari jalan-jalan di dunia maya bercerita pasal muzik.

music
stop music
Islamic Art, Music, And Architecture Around The World
Islamic music





Read more...

Thursday, July 17, 2003

Air Air Air
Manusia boleh hidup tanpa elektrik, tetapi sama sekali mustahil untuk hidup tanpa air.

Air adalah nikmat dari Allah untuk manusia nikmatinya bersama. Malah, 70% komposisi manusia terdiri daripada air. Nabi saw dahulu ketika perang Badar menguasai sumber bekalan air dan akhirnya berjaya melumpuhkan kafir Quraisy.

Hari ini air dijadikan bahan politik untuk menaikkan sentimen kebangsaan. Benar atau tidak? Kita fikir bersama.



No agreement on water price.
Benchmark: Water too valuable a resource to be mismanaged

Cerita-cerita lain:

Polls panel to keep tabs on cyberspace campaigning
Hanya mata pelajaran agama tidak guna Inggeris



Read more...

Wednesday, July 16, 2003

Politik dan Mahasiswa
Gerakan Mahasiswa selalu dikaitkan dgn politik. Benarkah?
Seorang graduan dari Universiti Cornell, US pernah mengutarakan satu soalan, "Aktivis mahasiswa ni adakah SEMESTINYA berpolitik? So, how about mahasiswa yang aktif dalam sukan, kebudayaan, intelektual.. aren't they are not an activist?"

Semoga kita sekali sekala keluar dari kotak yang membelenggu kita dan melihat secara kritis di mana hala tuju perjuangan di era globalisasi ini.

In Retrospect: Students' Movement and UUCA
PERANAN MAHASISWA, POLITIK DAN IDEALISME
Kebangkitan Pergerakan Pelajar : Anti-kerajaan, Pro-pembangkang dan Idealisme Perjuangan

Read more...

PTPTN
Bila agaknya akan tiada unsur riba dalam PTPTN?
Kalau 4% itu digunakan untuk masukkan duit sebelum semester bermula, logiklah ia sebagai alasan kos pengurusan. Tapi kalau sampai pelajar tak makan sebab duit masuk lambat sangat, ape guna 4% tu?

PTPTN 1
PTPTN 2
PTPTN 3
PTPTN 4
PTPTN 5

Read more...

Hiburan dalam Islam itu bagaimana?
"Berhibur tiada salahnya..kerna hiburan itu indah tapi pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..." (Raihan)

Adakah semua penasyid itu menepati syariat? Dan adakah semua artis bukan penasyid itu sesat?

HIburan dalam Islam (I)
Hiburan dalam Islam (II)
Hiburan dalam Islam (III)
HIburan dalam Islam (IV)

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP