Monday, December 29, 2003

Reformasikan Sambutan Tahun Baru

...kalaulah arwah Dato' Bahaman, Tokku Paloh, Mat Kilau dan lain2 pejuang agama dan bangsa masih hidup kini, pasti mereka merintih kekecewaan dan kesal dengan nikmat kemerdekaan yang mereka perjuangkan selama ini. Generasi muda hingga pihak penganjur sanggup menggadai maruah dengan menyusun kembali nilai-nilai liar budaya barat sebagai ikutan, sedangkan mereka berjuang berhempas pulas agar budaya itu tidak melekat di jiwa generasi mereka.....

Read more...

Ganjaran keluhuran budi menyamai rajin beribadat

..."Semua bangunan mempunyai dasar dan dasar bagi agama Islam ialah budi pekerti yang luhur".........

Read more...

Hulurkan segera bantuan buat mangsa gempa bumi

.....buat akhirnya, MPP UIAM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2004. Semoga seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai golongan dan lapisan masyarakat akan hadir dengan azam dan semangat baru untuk menjadi warga yang mampu menyumbang kepada pembangunan menyeluruh negara, menjadi rakyat prihatin, bersatu dan berkasih sayangserta mampu menjadi 'Global Player' yang boleh mencorakkan paradigma dan pola dunia demi kemaslahatan ummah secara keseluruhannya....

Muhtar Suhaili
Presiden MPP UIAM 2003/2004.

Read more...

Saturday, December 27, 2003

Beribu-ribu terkorban gempa bumi di Iraq

Read more...


Akan kukenangi pemergianmu

Di manakah hendak kumulakan pengalaman sedihku ini...masih adakah insan yang sudi menerima dan mnedengarnya...

Mulanya ku jatuh hati pada si dia yang ku panggilnya Macer atau nama penuhnya Shumacer. Di antara kami jauh berbeza kata orang macam langit dengan bumi. Dengar namanya pun dah boleh agak, dia memang berlainan sekali daripada aku dan keluargaku.

Pertemuan pertama kami memang tidak diduga. Aku masih ingat lagi pada cuti pertengahan yang beberapa hari itu...Aku telah menghabiskan cutiku itu dengan tinggal bersama mak long di rumahnya di kampung Sungai Indah, beberapa kilometer daripada rumahku. Boleh dikatakan kullu yawm, aku mesti pergi ke Jeti Biru yang tidak terlalu jauh dengan rumah mak long. ...hatiku mula berpaut dengan suasana yang wujud di tempat itu...tak tahu kenapa. Mungkin kerana keindahan alam semula jadi yang kuanggap berbeza dengan tempatku. Tidak dinafikan, kulihat ramai juga muda-mudi yang berpasang-pasangan sedang berasmara.

Pada suatu hari, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mak long, kurasakan macam ada sesuatu yang mengekoriku. Aku menoleh ke belakang dan dia hanya tersenyum. Ah, benci aku tengok muka dia dan gaya berjalannya pun seperti baru saja lepas minum......
Sehinggalah aku menahan sebuah teksi dan tanpa kusedari dia terus masuk dan duduk disebelahku. "Apa ni?", desis hatiku. Aku tidak kenal siapa dia dan lihat saja gaya dia, sesungguhnya dia tidak layak untukku. Namun dia hanya diam seribu bahasa. Dari raut wajahnya aku mensyakki mungkin dia tersesat jalan dan mengharapkan simpati daripadaku. Mungkin dia tidak faham bahasaku dan aku lagilah tidak memahami bahasa yang digunakannya. Bila tiba di rumah mak long aku dapati Macer turun bersamaku dan apa yang amat mengejutkanku lagi dia mengekoriku. "Ini leceh ni, matilah aku kena marah dengan mak long. Mesti dia mensyakki aku yang bawa Macer pulang, sedangkan aku tidak kenal asal -usulnya". Rupa-rupanya sangkaanku meleset sama sekali. Mak long menyambut Macer dengan penuh kegembiraan. Mak long menyuruhnya mandi dan makan bersama kami. Setelah selesai mandi dan makan, kulihat Macer yang tadi macam....tapi kali ini bertambah 'cun'. Aku dah mula jatuh cinta dengannya, terutama pada matanya yang bewarna kecoklatan itu. Setelah beberapa hari Macer tinggal bersama aku dan mak long, aku mengambil kesempatan untuk meluahkan perasaanku padanya.Macer punyalah suka sehingga tidak terkata. Rupa-rupanya perasaan Macer pun sama juga denganku. "Macer, selama ini aku membenci kaum sejenismu. Dan ramai yang telah aku kecewakan sehingga mereka tidak berani lagi untuk menghampiriku. Tapi kehadiranmu Macer telah membuka pintu hatiku ini untuk menyayangimu", itulah ayat yang telahku bisikkan ke telinga Macer. Untuk dipendekkan cerita, aku dan Macer sentiasa bersama walau ke mana jua. Dia tidak pernah bercerita tentang keluarganya dan tidak sedikit pun rindu pada negerinya. Macer juga mudah mesra dengan orang kampung mak longku. Sikapnya yang rajin, memahami dan manja membuatkan aku tidak mahu berpisah dengannya.

Pada suatu hari kulihat Macer murung dan senyap saja. Kutanya kenapa tapi dia hanya diam membisu. Kufikir mungkin Macer sakit, lalu kuajak dia berjumpa doktor. Ketika menunggu teksi di tepi jalan, tanpa kusedari sapu tangan yang kupegang terlepas melayang ke tengah jalan. Dengan pantas Macer berlari untuk mengambilnya. Tiba-tiba kulihat sebuah kereta Proton Iswara meluncur laju merempuh Macer. Aku tidak sempat untuk menyelamatkan Macer. Tidak kusedari, air mataku turun laju tanpa menghiraukan orang di sekelilingku. Bertambah pilu hati ini, bila Macer merengek kesakitan dengan darah yang membasahi tubuhnya. Kuheret Macer ke tepi jalan. Setelah manatap wajahku buat seketika...."Macer!!!!!!!!!!", alangkah hancurnya hati ini, harapanku untuk membawa dia pulang ke rumahku untuk berjumpa dengan ayah dan ibuku tidak kesampaian juga. "Macerku, takdir telah menentu segala-galanya. Kau pergi adalah untuk selama-lamanya.

Beberapa hari selepas peristiwa itu, aku sentiasa menangis mengenangkan peristiwa-peristiwa yang telahku lalui bersama Macer.

Ketika aku sedang sedih dengan pemergian Macer, kawan-kawan asyik mengejekku. Kata mereka buat apa perlu menangis, Macer kan hanya seekor binatang. Tapi bagi aku, Macer adalah segala-galanya. Dia penghibur ketikaku dalam kesedihan, dia peneman setiaku ketikaku dalam kesunyian. Oh Macer, engkaulah satu-satunya kucing kesayanganku........

Tamat

Sedihkan kisahnya! Kisah ini telah saya ubahsuaikan daripada majalah sekolah, nukilan Syamaya, pelajar tingkatan 4. Suka kisah ni, sebab jalan ceritanya best, membuatkan kita tercari-cari siapakah Macer sebenarnya. Tak sangka la pula rupa-rupanya makhluk Allah yang itu....

Read more...

Thursday, December 25, 2003

1) Program Khidmat Negara: 5 tuntutan Mahasiswa
-Badan Bertindak Mahasiswa Negara-


2) LPF tapis filem untuk tayangan tv

3) Pelajar dibunuh kejam, dipercayai dicucur besi panas

Read more...

Wednesday, December 24, 2003

Tahukah sahabat-sahabat....

Sama2lah kita fikirkan betapa hebat dan berkuasanya Allah s.w.t.
Di antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan iman kita kepada Allah s.w.t
ialah sentiasa memerhati ciptaannya. Kita akan merasa unik, ta'jub dan sebagainya yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata. Sesungguhnya Allah adalah segala-galanya.................TAKBIR!!!!!!!ALLAHU AKBAR!(Allah yang maha besar)

Ketenangan adalah kebahagiaan yang sebenar.....
Dan bersyukurlah kepada sesiapa yang memilikinya dan berdoalah agar ianya abadi bersama kita....

Read more...

Memahami tuntutan generasi Rabbani

Read more...

klik di sini: Luahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz NIk Mat tentang Perdana Menteri, UMNO, Yahudi dan Pilihanraya...AMAT MENYENTUH PERASAAN...

Cukuplah wahai yang berhormat-yang berhormat sekalian (pemimpin-pemimpin Umno) dengan apa yang berlaku, tak cukup lagikah dengan pelbagai fitnah yang telah dilontarkan selama ini terhadap ulama'-ulama' islam.
Setelah melihat segala pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh ualma'-ulama' Malaysia, untuk memastikan Islam itu terlaksana di Malaysia, kami benar-benar terkilan. Di Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat rela mengorbankan segala-galanya dan cuba sedaya upaya agar cara hidup Islam benar-benar diamalkan oleh rakyat Kelantan. Beliau sentiasa bersama rakyat Kelantan dan tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan mesej Islam kepada kami, agar kami membuka minda dan merasai istimewanya/indahnya beramal dengan Islam dan juga agar kami tidak lupa untuk beribadah kepada Allah s.w.t di mana saja berada dan alam apa jua keadaan sekalipun. Kami juga sentiasa ditarbiyah/dididik/didedahkan dengan akhlak-akhlak yang baik seperti mana yang disarankan oleh Islam.
Itulah menteri besar Kelantan, pemimpin yang amat disayangi/dikagumi/dihormati masa kini bukan sahaja oleh rakyat-rakyat negeri Kelantan, tapi juga insan-insan lain yang rindukan Islam.

Mahasiswa bangkit demi agama,
bersama pemimpin yg cintakan agama,
cabaran dan dugaan kita hadapi bersama,
agar Islam berjaya dilaksana.

31 disember pengakhir dua ribu tiga,
ditukar pula dengan dua ribu empat,
registlah cepat untuk pilihanraya,
pilihlah yang tepat sebelum terlambat.

Read more...

Monday, December 22, 2003

Kekasih Allah

Menyingkap tabir sejarah
membawa diri jauh menjelajah
mengukir kemenangan indah
islam kini telah gah
kerana perjuanganmu ya rasulullah...

segala liku tabah kau tempuhi
diselami akhlak yang terpuji
walau telah berabad dikau pergi
namun pengorbananmu terus dikenangi
terdetik rasa kesal di hati
wajahmu tak mampu kutatapi
suaramu tak dapat aku dengari
menyebarkan risalah yang suci
walau ditentang dihina dimaki
engkau terus tabah menempuhi
kerana iman beraja di hati
kerana islam sanggup kau harungi....

ya rasulullah,
pinjamkan aku sedikit semangatmu
hadiahkan aku seteguk keimananmu
agar aku mampu meneruskan perjuanganmu
dengan iman teguh di kalbu
moga dapatku jadi umatmu
yang memperoleh syafaatmu
di hari yang sentiasa ditunggu
kanku gagah ketika itu
kerana diriku adalah umatmu
yang sentiasa aku rindu
kan kucuba amalkan sunnahmu
kan kuingat segala pesananmu
cintamu kepada umatmu
terlalu berharga bagiku
dipenghujung usiamu
terlahir kebimbangan tentang umatmu....

ya rasulullah,
selawat dan salam aku laungkan
tanda ingatan yang terus berkekalan
dakwah sucimu kan cuba kuteruskan
walau nyawa menjadi taruhan
cintamu kudambakan
sebagai jambatan cinta tuhan
moga kita akan ditemukan
di hari perhitungan amalan
sebagai umatmu di akhir zaman
yang berjaya menempuh rintangan
terus berada dalam kebahagiaan dan keredhaan...

diambil drp email yang diterima.


moga kelahiran kita menjadi penyambung kepada rantai-rantai perjuangan rasulullah s.a.w, INSYAALLAH................

Read more...

Kesihatan: Makanan seimbang menurut al-quran

Read more...

Tanah runtuh di Filipina

Read more...

Friday, December 19, 2003

Rahsia yang terkandung dalam ucapan amin

Sabda nabi S.A.W. : " Perbanyakkanlah oleh kamu mengucapkan perkataan AMIN".
(Riwayat ibnu majah)


Pengajaran hadis:

1. Ucapan amin merupakan satu keunukan yang dianugerahkan Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Anugerah ini menyebabkan membuaknya kebencian dan dendam yang amat sgt di hati orang yahudi. Hati mereka bertambah sakit apabila melihat kaum muslimin berdoa dan mengaminklan kesejahteraan antara satu sama lain walaupun berlainan negeri, latar belakang, warna kulit, bangsa dan bahasa.

2. Maksud amin ialah 'perkenankanlah ya Allah' @ 'terimalah ya Allah' @ 'lakukanlah ya Allah' @ 'jadikanlah ya Allah'.

3. Ucapan amin adalah antara pintu keampunan Allah SWT ke atas hamba-hambanya. Pengampunan Allah itu berhasil apabila ucapan amin para makmum dalam solat (setelah imam selesai membaca al-fatihah) sertentak dgn amin para malaikat.
(Riwayat imam malik,bukhari, muslim, abu daud, an-nasaei dan ibnu majjah)

4. "Apabila kaum muslimin berkumpul, kemudian sebahagian drp mereka berdoa, manakala sebahagian yang lain mengaminkan, maka Allah akan memperkenankan doa mereka itu".
(Riwayat al-hakim)

5. Ucapan amin tidak sepatutnya berlaku dlm ritual solat shj, sebaliknya hendaklah dikembangkan dlm seluruh aspek aktiviti kehidupan kita, contohnya apabila seorang guru berkata: "Semoga Allah mengurniakan keberkatan ilmu kepada kita", maka murid-murid pun hendaklah berkata, "Amin". Nabi SAW sendiri menganjurkan dan mendorong kita untuk memperbanyakkan ucapan amin dalam kehidupan.

6. Hadis di atas sarat dgn mesej dan pengajaran yang berguna kepada kita semua. Di antaranya, mendorong dan mendidik kita supaya sentiasa bergantung harap kepada rahmat Allah SWT, anjuran supaya memperbanyakkan melakukan kebaikan dan sentiasa bercakap dgn perkataan-perkatan yg baik lagi diredhai Allah SWT.

dipetik drp Majalah Anis, Disember 2003.

Doa drp saya (nanti sahabat-sahabat semua ucap amin ye!):

"Ya Allah, perelokkanlah kesudahan urusan kami sekaliannya dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab di akhirat".

Read more...

Wasiat Sayyidina Umar Al-Khattabkepada ketua tenteranya Saad bin Abi Waqas ketika beliau mengutuskannya untuk pembukaan Parsi.

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad, dan juga mereka yang bersamamu supaya bertaqwa kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh serta tipu daya mereka dalam peperangan. Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersamamu supaya menjauhi dari maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam...

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah disebabkan kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal ini, nercaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan. Jumlah tentera kita jika dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah sebanyak mereka. Maka, jika sama amalan dan tingkah laku kita dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya segala kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka...

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah, sudah pasti kita tidak mampu menandingi kehebatan mereka.

Ketahuilah, bersama kamu sekalian adanya malaikat yang sentiasa menjaga keselamatan kamu dan malaikat-malaikat ini adalah wakil dari pihak kerajaan Allah untuk menjaga kamu supaya merasa selamat... mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Maka, kamu hendaklah merasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu mengatakan bahawa pihak musuh lebih hina daripada kita..ataupun mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan...

Sentiasalah memohgn pertolongan daripada Allah agar menghilangkan penyakit yang ada pada diri kita sebagaimana kamu memohon pertolongan agar Allah mengalahkan musuh-musuhmu...berdoalah untuk sekalian para mujahidin dan dirimu sendiri...

Read more...

Michael Jackson didakwa peluk Islam

Read more...

Perancis: Larangan bertudung

Read more...

Wednesday, December 17, 2003

Musykilah kabiroh

Kebelakangan ini, mahallah muslimat sering dimasuki oleh tetamu yang tidak diundang, kalbun (anjing). Ramai yang marah-marah, bising-bising, menyumpah-nyumpah dan macam-macam ragam lagi lah, kerana tetamu yang datang itu telah melampau batas, bukan sahaja mengejar penghuni mahallah, malah masuk ke dalam musalla, bilik-bilik penginapan dan sebagainya. Ramai di kalangan sahabat saya yang kena kejar. Nasib baik mereka tu berani dan tahu kaedah untuk mengelakkan drp terus dikejar anjing. Namun ada juga yang bila tengok saja anjing and the geng, terus je lari....apa lagi ...anjing pun tak lepaskan peluang, terus je kejar ...

Kasihan kat muslimat, hal ni rasanya dah inform kat pak guard, tapi tak tahu sejauh mana tindakan pak guard setakat ni....saya pernah juga bertembung dengan anjing-anjing ni, nasib baik tak dikejarnya ( mungkin masa tu anjing baik-baik kot), kalau tak, sudah tentu saya kat atas pokok (tu pun kalaulah ada pokok yang rendang-rendang) sbb tak pandai nak panjat yang selain drp tu.

Cadangan untuk anjing, kalaulah rindu sangat nak main kejar-mengejar...pergilah/pindahlah ke mahallah muslimin ... sesuai dengan muslimin yang suka main kejar-mengejar.......

Sabarlah muslimat, nanti kita cuba tangani bersama...

Read more...

Sunday, December 14, 2003



Saddam was captured. Read more on http://pakdi.blogspot.com

Read more...

Friday, December 12, 2003

Muhasabah: Bila mentari terbit dari barat...

Read more...

Dunia: 65 juta gadis tidak bersekolah

Read more...

Thursday, December 11, 2003

Fikrah: Tutup aurat sambil lewa boleh mengundang bahaya

Menutup aurat merupakan suatu kewajipan yang qat'i yang tidak boleh dinafikan oleh mana2 pihak. Perkara ini bukan sahaja hari ini baru diberi penekanan tapi sejak bertapaknya islam di muka bumi ini. Segala kelebihan menunaikannya dan keburukan mengingkarinya, sudah lama tercatat dalam kitab Allah s.w.t. Yang tinggal hanyalah sejauh mana kita cuba untuk mempraktikkannya dalam kehidupan sehari2.

Read more...

Wednesday, December 10, 2003

Terkini: Rasuah

Setiap individu yang benar2 menyempurnakan sembahyang dengan ikhlas, khusyuk dan tawaddu', sekali-kali tidak akan terfikir untuk menjadi penerima rasuah, menipu, merompak, merogol, membunuh, menagih dadah dan lain-lain (perkara yang dilarang oleh syariat). Mereka sebaliknyaakan menjadi manusia yang bermaruah, berakhlak, berbudi, bertanggungjawab dan cemerlang dalam semua bidang kehidupan dan pekerjaan yang mereka ceburi. Barulah masyarakat akan makmur, negara akan sejahtera bahkan juga, manusia akan selamat di dunia dan di akhirat.

Petikan ucapan drp seorang pemikir islam masa kini.

Kata-kata ini tidak ditujukan kepada sape2, cuma kita yang mengaku sebagai hamba Allah ini, sama2lah kita fikirkan dan muhasabah balik diri kita tentang perbuatan kita sehari-hari.

Read more...

Monday, December 08, 2003

Ibu dalam pantang,terbakar.

Read more...

Tempat tinggal iblis

Read more...

Thursday, December 04, 2003

Lelaki lembut putus asa dicabul rakan.

Read more...

Wednesday, December 03, 2003

Puasa enam ibarat kerja lebih masa

Kepada sesiapa yang masih lagi menyambut eidul fitri, selamat hari raya diucapkan....tapi jangan sampai sebulan pula sambut raya...puasa enam jangan lupa tunaikan sebelum berakhirnya syawal...

Read more...

Komposer Bollywood gegarkan stadium Shah Alam

Jangan lupa tempah tiket awal-awal ye, nanti kehabisan!

Read more...

Tuesday, December 02, 2003

Kemalangan ngeri : MB rakam ucapan takziah

Mahasiswa gesa teliti pendekatankurangkan kadar nahas-Amin Idris.

Read more...

Saturday, November 22, 2003

Mahasiswa telah mengemukakan tuntutan. Sila baca:
1. Mahasiswa Bersama Rakyat : Tuntut Perubahan
2. Tuntutan Mahasiswa Malaysia

Read more...

Thursday, November 20, 2003

ukhwah

Doa sebelum membaca al-quran:

Ya Allah,
sinarilah mata hati kami dengan kitab sucimu (al-quran),
lapangkanlah dada kami dengannya,
gunakanlah tubuh badan kami dengannya,
permudahkanlah sebutan lidah kami dengannya,
kuatkanlah hati kami dengannya,
segerakanlah kefahaman kami dengannya,
dan kuatkanlah cita-cita kami dengannya, sesungguhnya tiada daya dan upaya yang lebih berkuasa daripadamu wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Doa selepas membaca al-quran:

Ya Allah,
jadikanlah al-quran itu bagi kami sebagai perhubungan di dunia ,
manakalan sebagai teman yang jinak di kubur,
dan sebagai pelindung di hari kiamat,
sebagai cahaya penyuluh di titian sirat,
sebagai rakan di syurga,
dan sebagai penghalang dan pendinding daripada api neraka.

Ya Allah,
Ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa daripada al-quran dan berikanlah kami pengetahuan daripadanya apa-apa yang kami tidak tahu dan berikanlah kami rezeki daripada apa yang dibaca pada siang dan malam
dan juga jadikanlah ia bagi kami sebagai hujjah/ keterangan, wahai tuhan sekalian alam.

Read more...

Wednesday, November 19, 2003

Salam eidil Fitri

Ramadhan akan meninggalkan kita
Syawal pula menjelang tiba
Kehidupan biasa bermula semula
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa.

Tanpa kita sedari, hari ini merupakan hari yang ke 24 Ramadhan. Ini bermakna, kita akan bersama Ramadhan hanya beberapa hari saja lagi. Tentu sedihkan nak berpisah dengan Ramadhan?

Pada awal-awal Ramadhan dulu, kita selalu cakap...lambatnya nak raya...bila bulan Ramadhan nak habis ni?..tapi, di akhir-akhir Ramadhan ini, hati kita selalu berbisik...sekejapnya bulan Ramadhan...kenapa cepat sangat syawal menjelma?..tak puas lagi bersama Ramadhan..alangkah beratnya hati dan kelunya lidah ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat Ramadhan dan berjumpa lagi pada tahun hadapan...sebab, belum pasti lagi samada kita berpeluang ataupun tidak untuk berjumpa kembali dengannya...

1 Syawal bakal menjelang,
kehidupan biasa bermula semula,
hanya iman dan taqwa shj yang dapat menepis godaan2
syaitan yang bakal menjelma,
semoga amalan yang kita lakukan di bulan mulia ini
dapat kita praktikkan juga pada bulan-bulan yang seterusnya...

Sebelum raya koreksilah diri,
adakah layak kita beraya,
raya untuk orang bertaqwa,
selain mereka tak layak beraya.

Eidul Fitri Al-mubarak diucapkan kepada semua, semoga Allah mengurniakan kejayaan, kebahagiaan dan kegembiraan yang hakiki kepada kita semua dan juga kepada seluruh umat islam..Amin.

Pesanan kepada semua, muslimin khususnya...

Jangan cuba bermain mercun
bimbang takut patah gigi
nanti senyum tinggal gusi...

Read more...

Friday, November 14, 2003

Pasir dan batu

Read more...

Bebaskan 13 pelajar dari ISA

Read more...

Monday, November 10, 2003

Beberapa hari kebelakangan ini, rasa macam masyghul sangat...pening kepala pun ada juga, tengok tiket dan duit yang warna-warni...tapi cantik...
sedang selesai masalah bas balik raya...moga-moga kami dan sahabat-sahabat senegeri yang lain dapat balik, raya nanti dan dtg ke uia semula dgn selamatnya...insyaallah...

Di mahallah pula, membantu mrc terutama biro tarbiyah, utk menghidupkan biah Ramadhan yang solehah. Setakat ini, al-hamdulillah...bacaan Al-Mulk, Azan subuh (melalui kaset) masih diteruskan fi kulli yawm....kuliyah, solat fardhu & solat terawih berjemaah masih lagi mendapat sambutan yang memberangsangkan....tadarrus Al- quran sedang dijalankan...insyaallah, 17 Ramadhan akan diadakan program " majlis khatam al-quran & iftar jam'ei bersama fellow...pelbagai usaha telah dijalankan, agar proram ini ber jaya mencapai matlamat serta mendapat sambutan dan kerjasama daripada semua warga mahallah...program mcm ni dah byk kali diadakan pada bulan Ramadhan tahun-tahun lepas ...tapi kurang berjaya...insyaallah, kami akan pastikan ia akan membawa perubahan pada kali ini....inilah salah satu wasilah yang baik utk menyampaikan/menyebarkan dakwah kepada masyarakat ....

Read more...

Nuzul Al-Quran
Rabu
17 Ramadhan 1424
12 November 2003

Kemahiran membaca atau menghafaz Al-Quran semata-mata bukanlah menjadi matlamat kita. Al-Quran diturunkan untuk dihayati dan diamalkan. Berita Harian.

untuk makluman semua, pihak rnd ma'ruf club dengan baik hatinya mengumumkan cuti kepada ukhwah dan akhawat semua....tapi sehari je tau....manfaatkanlah hari tersebut dgn sebaik-baiknya...walaupun sehari, tapi ia adalah hari yang paling bersejarah dalam bulan Ramadhan.

Read more...

Tuesday, November 04, 2003

Ramadhan

Bulan ramadhan bulan keampunan ( membakar dosa-dosa lepas)
Bulan ramadhan bulan al-quran ( mula diturunkan)
Bulan ramadhan bulan keberkatan (mudah dimaqbulkan doa)
Bulan ramadhan bulan kerahmatan (mempunyai ganjaran yg berganda2)
Bulan ramadhan bulan kejayaan (kejayaan umat islam dlm beberapa pperangn)
Bulan ramadhan bulan kesejahteraan (bebas drp godaan syaitan)
Bulan ramadhan bulan kemuliaan (penghulu segala bulan,bulan lailatul qadr)
Bulan ramadhan,
ialah
bulan yang penuh dengan pelbagai keistimewaan....

Oleh yang demikian, sama-samalah kita renung diri kita, sejauh mana kita telah memanfaatkan segala keistimewaan yang terdapat dlm bulan ramadhan ini...

Adakah kita bersungguh-sungguh memohon maghfirah drp Allah s.w.t....

Adakah kita bersungguh-sungguh memanjatkan doa, agar Allah menyelamatkan seluruh umat islam drp bencana-bencana yg menimpa..

Adakah kita bersungguh-sungguh cuba memahami maksud kalam Allah yang kita baca setiap hari itu atau sekadar membacanya sahaja...

Sama-samalah kita merenungnya, yang bukan hanya sekadar renung tapi renung dgn niat ingi melakukan perubahan....

Bulan ramadhan bulan istimewa,
datangnya hanya sekali setahun,
lailatul qadr bakal menjelma,
najah dunia akhirat jgn lupa pohonkan.

Read more...

Karya Pelajar

Nukilan:Mohd Sufian bin Hamid
Pelajar Tingkatan 6

NOSTALGIA SAR

SAR....
Gah namamu di bumi ilmu ini
Teguh perjuanganmu
Yang tidak kenal erti kegagalan
Kau menobatkan misi perubahan
Demi generasi cucu-cucumu
Generasi peneraju ilmu
Di bumi ini juga
Abadi namamu di sanubari kami

SAR....
Sebagaimana teguhnya perjuanganmu
Begitu jugalah teguhnya keazaman kami
Anank-anak generasi penerus Keagungan ilmu
Jika diimbas kembali
Saat-saat manis bersamamu
Membawa seribu satu makna
Buat kami
Kau telah mendidik kami
Kau telah menyuluh jiwa kami
Dari kegelapan malam
Sehingga terbitnya mentari

SAR....
Terasa goyah di hati kami
Apabila namamu yang dijulang puja
Diburuk-burukkan ke segenap pelusuk
Kami anak-anak didikmu
Tidak akan terus mendengar
Segala kutukan
Yang dilemparkan ke atasmu

SAR...
Akan kami teruskan
Akan kami tempuhi
Onak ranjau perjuangan ini
Sebagaimana generasi-generasi sebelum kami
Agar anak bangsamu
Tidak mati dahagakan ilmu....

Read more...

Agenda mengubah pendidikan Islam

Read more...

13 pelajar pulang sebelum raya

Read more...

operasi buru 2 warga Malaysia ditingkat

Read more...

Pergerakan Islam Malaysia ingin memperkukuhkan peranan selepas Mahadhir

Read more...

Tuesday, October 21, 2003

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa, didikan yang berteraskan agama adalah penting dan perlu terutama untuk melahirkan insan yang bersyakhsiah mulia, bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.

Tetapi, alangkah sedihnya apabila melihat keadaan sekarang, walaupun berjuta-juta lemon masalah sosial yang berlaku, namun pihak kerajaan masih lagi nak menghapuskan pendidikan yang berteraskan islam. Alasan yang mengatakan pelajar2 drp aliran agama tidak cemerlang dalam bidang IT, semuanya bohong! ramai je yang cemerlang, bahkan lebih cemerlang drp pelajar2 aliran biasa. Memang ada, tapi segelintir sahaja dan masalah ini boleh diatasi sebenarnya... syaratnya, bagi segala kelengkapan moden kepada mereka sebagaimana yang diberikan kepada pelajar2 sekolah aliran biasa, insyaallah mereka akan menjadi lebih cemerlang lagi..bukan setakat IT, bahkan syakhsiah dan sebagainya...

Mantapnya sesebuah negara itu, adalah terhasil atau terbentuk drp tingginya nilai peradaban/ akhlak/ moral rakyat negara tersebut dan Runtuhnya sesebuah negara itu, apabila hilang/ runtuhnya akhlak rakyat di negara tersebut, walau terdapat pembangunan secanggih mana sekalipun!


Alangkah gembiranya hari ini, sebab berjaya juga bagi sedikit motivasi kepada adik-adik sekolah dulu, yang bakal mengambil SPM pada awal bulan November ni...pada mulanya malu juga sebab sorang diri, tapi dengan semangat yang ada, kerana ingin melihat adik-adik berjaya dalam SPM yang bakal menjelma..cuba juga kuatkan semangat...minta kebenaran daripada ustaz, alhamdulillah ustaz amat-amat mengalukan...bukan motivasi apa, cuma bagi sedikit kata-kata semangat beserta harapan, sekejap je ..tak sampaipun setengah jam..kebetulan diorang mengadakan jamuan akhir tahun untuk semua pelajar tingkatan 5.

Walaupun sekejap, apa yang diharapkan agar ianya memberi kesan kepada mereka semua...alhamdulillah, ramai juga yang mengalirkan air mata ( bukan setakat muslimat, muslimin pun ada juga ). yang sedihnya, ketika saya bagi sedikit kata-kata semangat itu, adik saya tak de dalam dewan kecil tu...kawannya bagitahu saya, yang dia kat library, mungkin malu nak masuk...kalau dia ada, mungkin dia pun nangis juga ( tak delah, gurau je...adik saya lelaki, lelaki kan ego..mana boleh nangis...tambahan pula depan kakaknya...). muslimin, jangan marah ye...nanti cepat tua....

Read more...

Abaikan pendidikan agama punca gejala sosial

Read more...

Friday, October 17, 2003

Malaysian Urges Muslims to Unite Vs. Jews
By ROHAN SULLIVAN, Associated Press Writer

PUTRAJAYA, Malaysia - Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad on Thursday told a summit of Islamic leaders that "Jews rule the world by proxy" and the world's 1.3 billion Muslims should unite, using nonviolent means for a "final victory."

His speech at the Organization of the Islamic Conference summit, which he was hosting, drew criticism from Jewish leaders, who warned it could spark more violence against Jews.

Mahathir � known for his outspoken, anti-Western rhetoric � criticized what he described as Jewish domination of the world and Muslim nations' inability to adequately respond to it.

"The Europeans killed 6 million Jews out of 12 million, but today the Jews rule the world by proxy," Mahathir said, opening the meeting of Islamic leaders from 57 nations. "They get others to fight and die for them."

Malaysia, a democratic nation that has a large non-Muslim population and does not enforce strict Islamic law, has long been a critic of Israel's occupation of Palestinian territories and of U.S. policy in the Middle East, including the war in Iraq (news - web sites) and Washington's strong backing of the Jewish state.

Mahathir, 77, who is retiring Oct. 31, has used almost every international podium to lambaste the West for two decades, winning a reputation as an outspoken champion of Third World causes.

"For well over half a century, we have fought over Palestine. What have we achieved? Nothing. We are worse off than before," he said. "If we had paused to think, then we could have devised a plan, a strategy that can win us final victory."

The prime minister, who has turned his country into the world's 17th-ranked trading nation during his 22 years in power, said Jews "invented socialism, communism, human rights and democracy" to avoid persecution and gain control of the most powerful countries.

Mahathir added that "1.3 billion Muslims cannot be defeated by a few million Jews," but he suggested using political and economic tactics instead of violence.

He told the audience of sheiks, emirs, kings and presidents that Muslims had the richest civilization in the world during Europe's Dark Ages, but disputes over dogma � instead of embracing technology and science � had left them weak and divided.

"Because we are discouraged from learning of science and mathematics as giving us no merit for the afterlife, today we have no capacity to produce our own weapons for our defense. We have to buy our weapons from our detractors and enemies," he said.

The leaders gave Mahathir a standing ovation afterward.

"I think it was a shrewd and very deep assessment of the situation," said Egyptian Foreign Minister Ahmed Maher, without commenting on the remarks about the Jews. "I think he elaborated a program of action that is wide and very important. I hope the Islamic countries will be able to follow this very important road map."

Israeli Foreign Ministry spokesman Jonathan Peled expressed disappointment in the remarks but said he wasn't surprised.

"It is not new that in such forums there is always an attempt to reach the lowest common denominator, which is Israel bashing," he said in Jerusalem. "But obviously we'd like to see more moderate and responsible kind of declarations coming out of such summits."

Rabbi Abraham Cooper, associate dean of the Simon Wiesenthal Center in Los Angeles, said Mahathir has used anti-Israel statements in the past to prove he's tough on the West. But, he said, Thursday's speech was still worrisome.

"What is profoundly shocking and worrying is the venue of the speech, the audience and coming in the time we're living in," Cooper said during a visit to Jerusalem. "Mahathir's speech today is an absolute invitation for more hate crimes and terrorism against Jews. That's serious."

U.S. Ambassador to Malaysia Marie Huhtala declined to comment on Mahathir's speech. Washington was angered over a speech he made in February, as host of the Non-Aligned Movement of 117 countries, in which he described the looming war against Iraq as racist.

Afghan President Hamid Karzai, while not addressing Mahathir's comments on the Jews, said he supported his analysis, which also included steps for how Muslim nations can develop economically and socially.

"It is great to hear Prime Minister Mahathir speak so eloquently on the problems of the ummah (Muslim world) and ways to remedy them," Karzai said. "His speech was an eye-opener to a lot of us and that is what the Islamic world should do."

The summit is the first since the Sept. 11, 2001, terror attacks reshaped global politics and comes at a time when many Muslims � even U.S. allies � feel the war on terrorism has become a war against them.

"It is well known that the Islamic community is being targeted today more than at any other time before in its creed, culture and social and political orientation," said Qatar's ruler, Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani, who hosted the U.S. headquarters in the Iraq war.

The status of Iraq also proved a divisive issue. Malaysia resisted inviting the U.S.-picked Iraqi Governing Council, describing it as a puppet of American occupation. But Arab countries that have recognized the interim body prevailed and council representatives were attending the summit.

U.N. Secretary-general Kofi Annan (news - web sites), in a statement from U.N. headquarters, urged the leaders to reject suicide bombings against Israel and help transform Iraq into a peaceful democracy.

Annan described the Israeli occupation of Palestinian territory as harsh, with "disproportionate military force, destruction of houses and crops, unjust expropriation and closures, illegal settlements, and a fence being built on land that does not belong to the builders."

But he said suicide bombings damaged even the most legitimate cause and "must be condemned, and must be stopped."

Leaders attending the summit included Jordan's King Abullah, Syrian President Bashar Assad, Morocco's King Mohammed VI, Pakistani President Pervez Musharraf and Indonesian President Megawati Sukarnoputri.

Russian President Vladimir Putin (news - web sites) and Philippine President Gloria Macapagal Arroyo (news - web sites) are attending as special observers because of their large Muslim minorities.

Read more...

Thursday, October 16, 2003

Saya solat hormati waktu, qada: Malik



PERENANG maraton negara, Datuk Abdul Malik Maidin, menyangkal dakwaan dia tidak bersolat ketika berenang merentasi Selat Inggeris, malah dia berhenti seketika di laut untuk solat menghormati waktu dan kemudian berniat qada.

Abdul Malik menegaskan dia mengqada solat Subuh tetapi solat Zuhur dan Asar dilakukan secara jamak dan qasar kerana sempat tiba di Calais, Perancis sebelum masuk waktu Maghrib.

�Saya memulakan renangan merentasi Selat Inggeris dari Dover, England menuju ke Calais, Perancis kira-kira jam 2.00 pagi dan waktu Subuh masuk pada 3.40 pagi, pada ketika itu saya meminta untuk berhenti selama lima minit dan kemudian menghadap kiblat bagi solat menghormati waktu dan kemudian menyambung kembali renangan saya.

�Oleh kerana saya tiba di Calais, Perancis pada kira-kira 7.30 malam dan Maghrib hanya masuk 8.30 malam, saya sempat menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak dan qasar di atas bot sebaik tiba.

�Justeru, tidak timbul soal saya tidak solat oleh pihak pembangkang di Parlimen kerana mereka tidak berada di situ dan memahami keadaan sebenar, cuma berdasarkan apa yang mereka dengar tetapi bukan daripada mulut saya,� katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Perenang itu menjawab dakwaan Mahfuz Omar mengenai isu tidak menunaikan sembahyang, termasuk perenang maraton negara itu ketika merentasi Selat Inggeris dalam sidang Parlimen minggu lalu.

Abdul Malik berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika parti pembangkang itu mengungkit soal solat ketika beliau merentasi Selat Inggeris.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Profesor Madya Dr Mohd Yusoff Hussain, berkata berdasarkan fatwa hukum solat menghormati waktu seperti di dalam kapal terbang yang mengambil kira ketiadaan air dan ruang untuk bersolat, ia dibolehkan kerana dalam keadaan apa sekali pun solat tetap tidak boleh ditinggalkan.

�Dalam kes ini, saya mendapat maklumat secara terus daripada Malik sendiri yang mengambil kira soal solat sebelum berenang, dan beliau menguruskannya secara bijaksana.

�Ini kerana jika Malik melakukan renangan selepas Subuh, beliau akan tertinggal solat Zuhur dan Asar kerana akan tiba selepas jam 8.30 malam, tetapi beliau melakukan renangan lebih awal dan hanya perlu mengqada semula solat Subuh dengan syarat yang disebutkan di atas,� katanya.

Mufti itu juga menasihatkan pihak tertentu supaya tidak memperbesarkan isu itu dan mengambil kira penjelasan pihak yang dituduh supaya tidak timbul soal fitnah.

�Penjelasan dalam isu agama lebih-lebih lagi mengenai solat bagi mereka yang tidak tahu menahu mengenai hal ini akan timbul soal fitnah dan niat jahat dan perlu diberhentikan.

�Mengenai soal murtad pula, hanya mereka yang jahil saja mengatakan orang yang tidak solat itu murtad dan hukum menuduh seseorang itu murtad adalah fasik, kerana seseorang itu akan jatuh murtad apabila dia mengatakan solat itu tidak wajib didirikan,� katanya.

Read more...

Sejarah dari kacamata Chin Peng (Bhgn 3)
Oleh: Lee Ban Chen, Malaysiakini.com

Siapa mulakan keganasan - PKM atau British? "Tulisan ahli sejarah barat mengenai Darurat selalunya memulai kisahnya dengan pembunuhan tiga peladang British di Sungai Siput pada Jun 1948, seolah-olah keganasan bermula di situ. Memang mudah ia dijadikan sebagai permulaan, tetapi ianya tidak tepat dari segi sejarah."(ms. 142)

Berikutan itu, persoalan siapakah yang terlebih dahulu memulakan keganasan, memang patut dikaji dengan tepat mengikut apa yang sebenarnya berlaku. Mengikut Chin Peng, lama sebelum berlakunya peristiwa di Sungai Siput, tentera British telahpun mula melakukan pembunuhannya, antaranya:

Seawal 21 Oktober 1945 lagi, berpuluh-puluh ribu rakyat yang mengadakan tunjuk perasaan di Sungaii Siput, Ipoh dan Batu Gajah, telah ditembak oleh tentera British, yang mengorban 10 orang di Sungai Siput dan tiga lagi di Ipoh.

Dua hari sebelum mogok kerja umum diadakan di bawah arahan PKM pada 15 Februari 1946, BMA (British Military Administration) telah menahan 24 ahli PKM di Singapura kerana dituduh terlibat dalam komplot menganjurkan mogok kerja.

Kejadian ini menyebabkan berlakunya bantahan besar-besaran di Singapura. Dan dalam suatu tunjuk perasaan, tentera British telah menembak mati dua orang, dan mencederakan 19 orang lagi.

Pada 15 Februari, tentera British telah menembak mati 15 orang yang menghadiri perhimpunan menyokong mogok kerja terbabit di Labis, Johor.

Ditembak mati

Di Mersing, beberapa hari kemudiannya, lima orang lagi ditembak mati oleh tentera British ketika menyertai perhimpunan yang diadakan dengan tujuan yang sama.

Semua kejadian tersebut sudah memadai untuk membuktikan bahawa keganasan pembunuhan sebenarnya dimulai oleh tentera British, jauh lebih awal daripada apa yang berlaku di Sungai Siput pada bulan Jun 1948.

Padahal, garis politik PKM bekerjasama dengan penjajah British yang kembali ke tanahair kita selepas Jepun menyerah diri pada 16 Ogos 1945, telah ditetapkan melalui suatu dokumen yang dikeluarkan oleh Lai Te pada 25 Ogos 1945, yang dikenali sebagai Program 8 Perkara.

Apabila Chin Peng membaca draf dokumen tersebut sebelum ia dikeluarkan, hatinya "tenggelam" kerana "saya (beliau) menyedari program tersebut tidak lain tidak bukan, suatu tindakan mengecewakan bertujuan untuk memuaskan pihak British yang kembali". Ia merupakan "perubahan haluan 180 darjah " daripada arahan Lai Te 10 bulan sebelumnya, yang dikenali sebagai Manifesto 9 Perkara.

Antara lain perkara 1, 5 dan 9 dalam Manifesto 9 Perkara itu, merupakan garis politik PKM yang terpenting sekali, masing-masingnya berbunyi:

Perkara 1: (Memperjuangkan) kekalahan fasis Jepun dan penubuhan Republik Malaya;

Perkara 5 : Mengorganisasi semula gerila Anti-Jepun Malaya ke dalam Pasukan Tentera Nasional untuk pembelaan Malaya.

Perkara 9: Usaha bersepadu dengan Rusia dan China untuk menyokong perjuangan pembebasan di Timur Jauh.

Gerila Anti-Jepun

Perkara 1 dalam Program 8 Perkara pula berbunyi: "Menyokong Rusia, China, Britain dan Amerika Syarikat dalam satu organisasi baru untuk keselamatan dunia.". Nyata sekali, dasar sokongan kepada perjuangan pembebasan di Timur Jauh telah dikhianati.

Perkara 2 dalam Program tersebut pula berbunyi: "Menubuhkan sebuah kerajaan demokratik di Malaya melalui seluruh pengundi yang terdiri daripada semua kaum". Dasar penubuhan Republik Malaya telah ditinggalkan, dan diganti dengan perjuangan berperlembagaan untuk menubuhkan sebuah kerajaan demokratik.

Perkara 9 dalam Program tersebut juga meninggalkan dasar mengorganisasi semula gerila Anti-Jepun ke dalam Pasukan Tentera Nasional untuk pembelaan Malaya. Dengan lain perkataan, Lai Te (kanan) telah mengkhianati perjuangan rakyat Malaya dengan bekerjasama dengan penjajah British supaya gerila Anti-Jepun dibubarkan secara terbuka dan unit pasukan bersenjata PKM, juga dibubarkan secara sulit.

Justeru itu, PKM telah kehilangan suatu peluang emas untuk mengusir penjajah British demi kemerdekaan nusa dan rakyat Malaya selepas Jepun menyerah diri. PKM yang telah melucutkan senjata itu, sebaliknya memberi peluang kepada penjajah British untuk kembali dan bertapak, dan seterusnya mengisytiharkan Darurat, memaksa PKM kembali ke hutan untuk memulakan perjuangan bersenjata anti-British .

Meninjau kembali, jika PKM tidak dikhianati Lai Te, besar kemungkinan, dengan semangat revolusi yang berkobar-kobar ketika itu, parti itu telah bergabung dengan tentera Jepun di Malaya yang enggan menyerah diri kepada tentera British, sebaliknya menawar untuk bergabung dengan gerila PKM demi menentang pasukan British.

Panglima Jepun

Padahal, pembantu kanan Chin Peng, Ai Ker di Perak telah secara langsung berunding dengan panglima Jepun daripada Markas Besar Jepun di Taiping ketika itu, yang sebenarnya mengawal seluruh pasukan Jepun di Malaya dan Singapura.

Ai Ker, pada prinsipnya, tanpa ragu-ragu lagi memberi jaminan bahawa PKM akan meneruskan perjuangannya, kali ini terhadap tentera penjajah British. Beliau memberi tahu panglima Jepun itu, pihaknya memerlukan beberapa hari untuk memperincikan kerjasama itu.

Menurut Chin Peng: "Maka, bila saya balik dan memberitahu Ai Ker bahawa segala-galanya telah berubah, beliau amat terkejut."

Tambahnya: "Penyerahan diri Jepun secara tiba-tiba telah memberi kami suatu peluang keemasan untuk memanipulasi peristiwa demi faedah kami. Namun kami tidak mengambil peluang itu, sebaliknya kami membuangkan peluang itu!"

Perlu diketahui juga pada masa itu, nasionalis Melayu yang bekerjasama dengan pihak Jepun telah menubuhkan tiga pasukan para militer - pertama Heiho yang ditubuhkan pada bulan Jun 1943, untuk membekali perkhidmatan buruh kepada unit Jepun.

Kedua - Giyu Gun atau pasukan sukarelawan yang merupakan pasukan pertahanan diri dan pasukan simpanan. Ketiga, Giyu Tai yang merupakan pasukan sukarelawan simpanan. Tatkala Jepun menyerah diri, ketiga-tiga pasukan itu mempunyai 2,000 anggota.

Nasionalis anti-British

Jika mereka dapat digabungkan dalam perjuangan kemerdekaan anti-British, ia tentu akan mengimbangi komposisi tentera anti-British dari segi kaum, dan ciri/imej nasionalis anti-British sudah barang tentu akan lebih ditonjolkan. Sayang sekali kesemua ini hanya boleh diandaikan, dan sejarah tentu tidak mengambil kira semua itu!

Selepas itu, PKM pun bertumpu dalam gerakan buruh untuk memperjuangkan kebajikan kaum pekerja. Dalam tahun 1947 saja, 300 mogok kerja telah disusun oleh PKM di merata tempat, dengan anggaran kehilangan 700,000 hari kerja. Angka ini sudah dapat menjelaskan bagaimana hebatnya PKM dalam memimpin kaum pekerja dalam perjuangan mereka.

Namun, justeru seperti apa yang disimpulkan oleh Ah Dian, ahli politburo PKM masa itu, ketika berucap kepada kawan-kawan seperjuangannya setelah Persekutuan Malaya ditubuhkan pada 1 Februari 1948:

"Saya rasa kita sudah cuba dengan sedaya upaya. Kita sudah menggunakan sebarang cara aman untuk memajukan matlamat massa. Kita sudah menubuhkan organisasi-organisasi barisan bersatu. Kita sudah mengawal tenaga seluruh ladang, begitu juga halnya di bidang lombong, pelabuhan, pengangkutan awam dan di semua bidang perkhidmatan yang penting.

"Namun, kita tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap walau satu fasal pun dalam Perlembagaan yang akan dikuatkuasakan pada saat ini. Sekiranya kita terus seperti demikian, di manakah masa hadapan untuk gerakan kita?"

Dalam kebuntuan seperti yang tersebut di atas, barulah PKM mulai memikirkan persediaan untuk melancarkan perjuangan bersenjata pada masa yang dianggap sesuai. (bersambung)

Read more...

Sejarah dari kacamata Chin Peng (Bhgn 4)
Oleh: Lee Ban Chen, Malaysiakini.com

Rancangan Briggs paksa PKM berundur ke sempadan Malaysia-Thai.

"Ini tidak bermakna kami menolak perjuangan bersenjata. Kami menganggap ia tidak dapat dielakkan. Justeru itu kami menyelenggarakan tempat-tempat sorokan senjata di dalam hutan. Namun dalam minggu-minggu penghujung tahun 1947, kami membayangkan jangka masa 8 hingga 10 tahun sebelum kami terpaksa melancarkan perang gerila. Rancangan terburu-buru untuk memulai perjuangan bersenjata tidak pernah berada dalam benak kami."(ms 193)

Berlatar-belakangkan senario tersebut, kenapa kejadian pembunuhan tiga orang peladang orang putih di Sungai Siput boleh berlaku? Mengikut Chin Peng, ini ada kena-mengena dengan taktik baru yang dipakaiguna oleh PKM di bawah pengaruh Laurence Sharkey, Setiausaha Agung Parti Komunis Australia (PKA).

Kejayaan PKM dalam barisan perjuangan pekerja untuk menentang tindasan dan pemerasan tuan-tuan peladang orang putih yang kembali menjajah negara kita, tidak dibiarkan oleh penjajah British. Malah secara senyap, mereka telah mengizinkan kekerasan digunakan oleh samseng-samseng upahan untuk mensabotaj dan menggagalkan pemogokan pekerja.

PKM tidak menggunakan taktik samseng lawan samseng, kerana takut terperangkap oleh penjajah British untuk mengharamkan PKM dengan dalih parti itu menggunakan cara tidak halal untuk menentang BMA.

Tetapi lawatan Laurence Sharkey dalam Mac 1948 memberi ilham baru kepada PKM, kerana bila ditanya begaimana PKA menangani anasir-anasir yag mensabotaj pemogokan, jawaban beliau ialah PKA menghapuskan mereka jika di desa.

Maka pada Mac 1948, suatu arahan baru yang diilhamkan Laurence Sharkey pun dikeluarkan PKM. Menurut Chin Peng: "Saya percaya kami telah melakukan kesalahan besar dalam mendraf arahan berkaitan kerana gagal mentakrifkan secara tepat mengenai sasaran-sasaran yang hendak dihapuskan.

Tetapi ada juga kesalahan-kesalahan lain, yang membayangkan kesilapan dalam pemantauan. Bila arahan disampaikan ke bawah, interpretasi peribadi telah dilakukan, dan berasaskan interpretasi peribadi itu, tindakan yang tidak harus berlaku, telah diambil."

Perjuangan bersenjata

Interpretasi radikal mungkin juga dipengaruhi oleh keputusan Jawatankuasa Pusat PKM pada tanggal 5 Mei 1948 untuk menubuhkan pasukan nukleus gerila di setiap negeri sebagai pelaksanaan peringkat permulaan perjuangan bersenjata.

Menurut Chin Peng, beliau dan Jawatkuasa Pusat PKM tidak pernah memberi arahan supaya tiga peladang orang putih di Sungai Siput itu dibunuh. Ia dilakukan atas inisiatif sepasang suami isteri yang ingin membalas dendam terhadap penjajah British.

Tambah beliau: "Peristiwa Sungai Siput merupakan kesalahan serius pihak kami. Pembunuhan terbabit menggagalkan rancangan dan merosakkan usaha kami untuk mengundurkan kader-kader kami ke dalam jaringan bawah tanah yang tersusun baik, dan mengundurkan tentera gerila kami ke pangkalan-pangkalan sulit dalam hutan."

Dengan lain perkataan, penjajah British telah dengan tidak teragak-agak mengambil kesempatan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pihak PKM untuk mengisytiharkan Darurat pada 18 Jun 1948, dan pada 20 Jun 1948, parti itu dan badan-badan barisan bersatunya terus diharamkan dengan penangkapan beramai-ramai di merata negara.

Chin Peng berjaya melarikan diri 20 saat sebelum ketibaan tentera British untuk menahan beliau di sebuah banglo kawannya di Kampar, dan terpaksa memimpin perang gerila anti-British yang dicetuskan oleh pihak musuh sebelum pihak PKM bersiap sedia untuk melancarkannya.

Jelas sekali, sejak permulaan lagi, PKM sudah berada dalam kedudukan yang amat pasif dan tidak menguntungkan demi mempertahankan kewujudan parti itu dan pasukan gerilanya daripada dihapuskan oleh serangan hendap yang dicetuskan oleh tentera British .

Dalam keadaan yang amat menyukarkan itu, pihak PKM tidak berupaya untuk menubuhkan sebarang pangkalan gerila atau kawasan pembebasan sebagai taktik klasik perang gerila yang dianjurkan oleh Mao Tse Tung.

Perang tercetus

Ura-ura untuk menubuhkan dua kawasan pembebasan - satu di selatan dan satu lagi di utara - juga tidak dapat dilaksanakan. Satu pengecualian mungkin Pekan Gua Musang yang pernah ditawan oleh gerila PKM dan diisytiharkan sebagai kawasan pembebasan pertama, sebelum pekan itu dirampas kembali oleh pihak British lima hari kemudian.

Namun ini tidak bermakna perang yang dicetuskan tanpa diisytiharkan oleh pihak British itu, kurang hebatnya. Episod pembunuhan Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British (High commissioner British) di Malaya pada 5 Oktober 1951 oleh satu pasukan gerila sewaktu dalam perjalanan ke Bukit Fraser, merupakan kejayaan pihak PKM yang tercemerlang sekali, terutamanya dari segi psikologi; sungguhpun sasaran yang amat berharga ini tidak diketahui sebelumnya.

Beberapa kesilapan yang dilakukan oleh gerila PKM telah dikaji semula dan diakui dalam Resolusi tanggal 1 Oktober 1951, yang merupakan "suatu refleksi terhadap pelaksanaan Rancangan Briggs yang tidak dapat dinafikan kejayaannya dan kesukaran yang dikenakan oleh rancangan tersebut terhadap kami.

"Kami akui tentang banyak kesilapan yang menjejaskan hubungan rapat kami dengan rakyat, terutamanya rakyat kelas pertengahan. Kami mengarahkan pasukan kami menghentikan perbuatan menetak pokok-pokok getah, menyita kad-kad pengenalan, membakar bas dan menyerang keretapi awam."

Menurut Chin Peng, Rancangan Briggs yang dikemukakan pada pertengahan tahun kedua tahun 1950 begitu berkesan sekali, pada pertengahan tahun pertama tahun 1951 pembekalan makanan telah dipengaruhi . Tidak lama kemudian, pihak PKM telah merealisasi bahawa "kami (mereka) telah menghadapi suatu krisis hidup".

Untuk �melapar- matikan� pasukan gerila, penjajah British tergamak menghancurkaan rumah halaman dan kebun-kebun yang diteroka oleh ratusan ribu rakyat desa yang dianggap penyokong gerila untuk dikumpulkan ke beberapa ratus "kem pengasingan "(concentration camps) � kampung baru sekarang. Keganasan dan ketidak-perikemanusiaan penjajah British telah terdedah sebulat-bulatnya oleh Rancangan Briggs itu.

Rancangan Briggs itu sebenarnya melanggar hak-hak asasi ratusan ribu rakyat desa untuk tinggal di rumah sendiri, bekerja di kebun sendiri, bergerak secara bebas, dan hidup tanpa disekat dan dirisik setiap masa. Hartabenda kebebasan dan keselamatan mereka juga terancam setiap masa.

Ratusan ribu rakyat dihukum pada masa yang sama hanya kerana mereka disyaki menyokong gerila PKM.Adakah angkara ini secocok dengan apa yang dinamakan semangat perundangan yang diagung-agungkan penjajah British selama ini?

Keganasan British

Keganasan tentera British tidak terhad kepada pelanggaran hak-hak asasi rakyat Malaya saja, mereka sebenarnya telah membunuh secara beramai-ramai penduduk awam yang tidak berdosa.

Apabila berita pembunuhan beramai-ramai My Lai di Vietnam oleh tentera Amerika Syarikat pada 16 Mac 1968, menarik perhatian dunia, akhbar, The People - setelah mendapat maklumat dan menemuduga beberapa bekas anggota yang berkhidmat di tempat yang berkaitan - melapor di muka depannya pada 1 Februari 1970, bahawa pada 12 Disember 1948, 25 pekerja Batang Kali dibunuh beramai-ramai secara kejam oleh pasukan Scots Guards British.

Dua puluh dua tahun kemudian, BBC dalam program "Inside Story", telah mengisah semula pembunuhan kejam tersebut bersama tiga bekas anggota Scots Guards yang dibawa ke Batang Kali, tempat berlakunya tragedi tersebut.

"Kenyataan mereka telah menjelaskan bahawa tiada seorangpun daripada orang Cina yang ditembak mati itu, bersenjata atau cuba hendak melarikan diri."

Pada 28 April 1952, akhbar komunis London The Daily Worker - telah memuat foto yang mengerikan di mana seorang komando Marin Diraja memegang kepala gerila yang telah dikerat. Foto diambil untuk peringatan. Tajuk foto itu berbunyi: "Inilah perang di Malaya".

Serah diri

Dalam satu telegram, Pesuruhraya Tinggi British ke Malaya, Templer kepada Lyttleton, kata beliau: "Perang dalam hutan bukan sesuatu yang menarik, kami perlu mengenalpasti identiti komunis yang sudah mati ."

Beliau tidak menafi kepala gerila perlu dikerat untuk mengenal pastikan identitinya! Perbuatan kejam ini dikutuk oleh media British sendiri.

Menurut Chin Peng, dalam tahun-tahun Darurat, semua pasukan gerila PKM diberi arahan untuk melayan musuh yang ditahan secara berperikemanusiaan, mengikut prinsip perang gerila Mao Tse Tung. Musuh yang cedera pernah diberi rawatan. Mereka yang ditahan, adakalanya dilepaskan setelah dilucutkan senjata.

Bagaimanapun, di bawah tekanan Rancangan Briggs yang memutuskan bekalan makanan pasukan gerila PKM dan tekanan ketenteraan British yang yang bertubi-tubi, beberapa pemimpin PKM telah membawa pasukannya untuk menyerah diri secara beramai-ramai, dan yang lainnya, ramai yang gugur dalam pertempuran.

Hanya mereka yang berundur secara strategis ke sempadan Thai-Malaysia dapat bertapak di sana, dan meneruskan perjuangan mereka sehingga Perjanjian Damai dicapai pada 2 Disember 1989, yang memungkinkan mereka meletakkan senjata dan kembali ke masyarakat secara bermaruah. (bersambung)

Read more...

Wednesday, October 15, 2003

Sejarah dari kacamata Chin Peng (Bhgn 2)
Oleh: Lee Ban Chen
Siapa pengganas - PKM atau penjajah British?

"Bila Darurat dicetuskan, kami mulai dilabel British sebagai �penjahat�. Selanjutnya, kerana penjajah berasa mereka memerlukan istilah yang lebih beremosi, maka diarahkan pula supaya kami digelar pengganas komunis.

"Bila kami bekerjasama dengan British ketika zaman pendudukan Jepun - pada asasnya untuk kepentingan British - kami bukan lagi penjahat atau pengganas. Malah kami dipuji dan diberi anugerah." (ms 105)

Gerangan siapakah yang lebih layak digelar pengganas - Parti Komunis Malaya (PKM) atau penjajah British - memang merupakan masalah utama yang patut ditangani oleh Chin Peng .

Justeru itu, dalam memoirnya, digariskan bagaimana PKM telah disabotaj dan ditindas oleh cawangan khas penjajah British selepas ia ditubuhkan; bagaimana parti itu telah bekerjasama dengan penjajah British melalui SOE (Special Operations Executive) dan SEAC (South East Asia Command) sewaktu pendudukan Jepun, atas inisiatif pihak British.

Dan bagaimana pula parti itu mula dianggap oleh penjajah British sebagai penjahat dan pengganas setelah Darurat diisytiharkan untuk mengharam dan membasmikan pergerakan parti itu. Biar kita imbas kembali secara ringkas peristiwa-peristiwa tersebut mengikut pendedahan memoir Chin Peng.

Mengikut Chin Peng, PKM ditubuhkan pada 30 April 1930 di sebuah ladang getah berhampiran bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kongres penubuhan PKM itu telah dihadiri wakil Komunis Antarabangsa (Comintern), Nyuyen Ai Quoc (lebih dikenali sebagai Ho Chi Minh, pemimpin Viet Minh dari Vietnam), dan pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Sementara Nanyang, Parti Komunis China.

Diusir British

Tidak hairanlah PKM dianggap musuh ketat penjajah British, kerana anti-kolonialisme dan anti-imperialisme memang menjadi sifat semulajadi parti komunis, tidak kira di mana sekalipun ia berada.

Justeru, British telah menubuhkan cawangan khas pada tahun 1933. Statistik rasmi menunjukkan, di Singapura saja - antara tahun 1931-1935 - polis British telah melancarkan 432 serbuan ke atas PKM dan menahan 226 orang yang disyaki anggotanya. Kebanyakan mereka yang ditahan ini kemudiannya diusir ke negeri China.

Dengan bantuan ejennya, Lai Te (cerita Lai Te, ejen tiga lapis, akan dikisahkan dalam bahagian yang lain) yang berjaya menyelulup ke dalam PKM pada penghujung tahun 1932, polis British berjaya menahan kelima-lima pemimpin PKM yang merupakan ahli Jawatankuasa Bandar Singapura, badan pimpinan tertinggi di Singapura pada tahun 1934.

Kekosongan kepimpinan di Singapura itu, telah memberi peluang kepada Lai Te untuk menyandang jawatan penting dalam Jawatankuasa Bandar Singapura, sebelum dilantik menganggotai Jawatankuasa Pusat PKM.

Akhirnya beliau berjaya merampas tampuk pimpinan PKM selepas dilantik menjadi setiausaha agungnya pada tahun 1938 hinga dia menghilangkan diri pada penghujung Januari 1947.

Menerusi sabotaj berterusan Lai Te (kanan), kewujudan PKM menghadapi ancaman serius, sungguhpun pada awal 1941, jumlah ahli tegarnya masih melebihi 3,000 orang.

Perang gerila

Namun, perkembangan politik dunia telah mengubah senario politik Malaya dengan drastik sekali. Pada 22 Jun 1941, Jerman yang telah mewujudkan pakatan dengan Jepun melalui Perjanjian Berlin pada 27 Septermber 1940, telah menyerang Rusia melalui Operasi Barbarossa

Perkembangan terbaru ini memungkinkan PKM bekerjasama dengan British dalam perjuangan anti-fasis. Justeru, Lai Te mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada pihak British supaya menawar untuk memberi latihan ketenteraan kepada ahli-ahli PKM.

Cadangan ini ditolak dengan angkuh sekali oleh Governor British di Singapura, Sir Shenton Thomas. Tetapi, enam bulan kemudian, beliau terpaksa menjilat balik penolakannya itu apabila tercetusnya perang Pasifik.

Pada 8 Dis 1941, Angkatan Tentera Darat ke-25 Jepun pimpinan Lt-Jen Tomoyuki Yamashita, mendarat di Singora dan Pattani di selatan Siam dan di Kota Bahru. Sembilan minggu kemudian, tanpa penentangan dan pertempuran sengit, tentera British telah menyerah diri secara memalukan pada 15 Feb 1942.

Pada masa yang sama, PKM telah membuktikan sifat patriotiknya kerana bersedia untuk memainkan peranan utama dalam melancarkan perang gerila anti-Jepun dalam keadaan serba kurang untuk menghadapi krisis nasional akibat pencerobohan tentera Jepun.

Setelah menyedari tentera British tidak berupaya untuk menentang kemaraan tentara Jepun, British pun bersetuju untuk melatih 15 sukarelawan yang disediakan oleh Lai Te di pusat latihan ketenteraan Markas Besar Tanjong Balai mulai 22 Dis 1941.

Latihan ketenteraan

Selanjutnya, pegawai SOE British telah mencapai persetujuan dengan PKM Kuala Lumpur untuk melatih 15 unit gerila. Pusat Latihan itu ditubuhkan di Sekolah Cina Chunji di mana lebih 100 sukarelawan menjalani latihan ketenteraan di situ.

Pada 10 Jan 1942, ketumpukan pertama Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya telah ditubuhkan di Serendah, dan dalam masa yang singkat, gerakan gerila itu telah merebak ke seluruh negara.

Yang ironisnya ialah sebahagian besar senjata Tentera Anti-Jepun rakyat Malaya dipungut daripada senjata-senjata yang ditinggalkan oleh tentera British ketika melarikan diri!

Namun, mengikut Chin Peng, ahli sejarah barat, termasuk F Spencer Chapman, penulis The Jungle is Neutral yang dianggap sebagai tulisan terbaik mengenai kehidupan gerila di Malaya sewaktu pendudukan Jepun, juga turut mengandungi prasangka terhadap orang Asia .

Umpamanya, bagi Chapman dan penulis barat yang lain, orang Asia - baik Melayu, Cina atau India � sewaktu pendudukan Jepun, adalah pengkhianat belaka . Mereka dianggap tidak berpengetahuan, terutamanya dalam aspek peperangan.

Namun, ketika itu hanya orang Asia pimpinan PKM sahaja yang merupakan satu-satunya tenaga ketenteraan yang melancarkan perang gerila, menentang tentera Jepun.

Menyeludup tentera British

Malah, Major John LH Davis, yang dihantar oleh Markas Besar SEAC yang berpangkalan di Ceylon (Sri Lanka), dan dua dua lagi pegawai penting British - Captain Richard Broome dan Major Frederick Spencer Chapman yang beroperasi di Malaya - setelah pendudukan Jepun, juga terpaksa mencari bantuan PKM setelah beliau dan pasukannya dibawa oleh kapal selam ke Segari yang terletak berhampiran Tanjong Hantu dan Pulau Pangkor.

PKM Perak pimpinan Chin Penglah yang berikhtiar dan mengambil risiko untuk menyeludupkan mereka - "orang putih"yang begitu berbeza sekali daripada penduduk tempatan - melalui jalan laut dan juga darat ke Khemah Belantan, Perak yang telah dibina oleh gerila PKM, khas untuk digunakan oleh Davis dan pasukannya.

Pada Disember 1943, satu pertemuan bersejarah di antara pihak SEAC yang diwakili Davis, Broome, Chapman (dari SOE) dan Tan Choon Lim (Lim Bo Seng) (gambar) dan pihak PKM yang diwakili Chang Hong (Lai Te) dan Chin Peng, telah diadakan di Khemah Belantan di mana syarat-syarat kerjasama di antara PKM dan SEAC telah dicapai. Dokumen asal yang tertulis di atas kertas buku latihan itu masih disimpan di Jabatan Rekod Awam, Kew, Britain.

Davis dan pasukannya turut membawa sebuah radio pemancar yang agak besar dan berat , tetapi mereka tidak berupaya untuk membawanya ke Khemah Belantan.

Pasukan Chin Peng pula membantu untuk menyimpan dan mengangkut komponen radio pemancar itu yang telah dipisahkan, ke Belantan, lalu memasangkannya semula. Gerila Chin Peng menggunakan satu tahun berdepan dengan pelbagai risiko untuk menjalankan tugas tersebut!

Sumbangan besar

Namun, radio pemancar yang dipasang semula itu masih tidak berfungsi kerana terkena air dan kerosakan dinamonya. Tetapi tanpa radio pemancar itu, pasukan 136 sudah pasti tidak berupaya untuk berkomunikasi dengan markas besarnya di Colombo.

Ini bermakna mereka terpaksa menjalankan operasi tanpa maklumat, tanpa bekalan senjata, tanpa perubatan, tanpa wang bantuan dan tanpa segala-galanya.

Memandangkan pentingnya radio itu berfungsi, Chin Peng terpaksa berikhtiar sekali lagi untuk memperbaikinya. Bayangkan, dalam keadaan perang, di manakah hendak dicari dinamo?

Bagaimanapun, selepas 14 bulan radio pemancar B.MK 11 itu dipungah di Jenderatta, ianya didapati berfungsi semula secara "kebetulan" pada 1 Feb 1945!

Ini merupakan suatu "break-through" yang amat merangsangkan, yang memberi sumbangan besar kepada pasukan 136 dan juga gerila PKM, sehingga tentera Jepun menyerah diri pada 16 Ogos, 1945. (bersambung)

Read more...

Sejarah dari kacamata Chin Peng (Bhgn 1)
Oleh: Lee Ban Chen , Malaysiakini.com

Puluhan naskah memoir Chin Peng: (My Side of History /Sejarah Dari Kacamata Saya) dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari kedai buku MPH di Mid-Valley Megamall pada hari Rabu minggu lalu. Secara tiba-tiba, ramai yang cuba mencari memoir tersebut.

Khabarnya, memoir itu boleh diperolehi di sebuah pekan buku, lalu saya tergegas ke sana dan diberitahu ianya sudah habis dijual bagai pisang goreng. Justeru, ada kawan yang bergurau bahawa tindakan KDN itu bertukar menjadi iklan terbaik bagi memoir Chin Peng!

Ramai salah sangka yang buku itu telah diharamkan oleh KDN. Sebenarnya, tindakan itu diambil kerana buku yang diimport dari Singapura itu belum memperolehi kebenaran daripada KDN.

Besar kemungkinan memoir itu akan dipasarkan semula sedikit masa lagi, setelah kebenaran KDN diperolehi mengikuti prosedur yang diperlukan, kerana menurut penerbitnya, draf buku tersebut telahpun diserahkan kepada pegawai tinggi KDN dan ulasannya ialah buku itu sangat "interesting".

Lebih penting lagi, selepas Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani pada 2 Disember 1989, Parti Komunis Malaya (PKM) yang sudah menghentikan perjuangan bersenjatanya, sudah tidak lagi dianggap sebagai "ancaman" kepada kerajaan Barisan Nasional.

Menurut kata pengantar Chin Peng dalam memoir itu, permintaan peribadi beliau ialah cuba mendapat gambaran yang lebih luas terhadap satu perang yang telah mengorbankan empat hingga lima ribu kawan seperjuangannya.

Hidup dalam buangan

Justeru, selepas Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani, beliau tidak mahu secara tergesa-gesa untuk berkongsi ceritanya, walaupun diminta oleh banyak pihak untuk berbuat demikian, atas dua sebab:

Pertama, beliau hanya sedia untuk mengisahkan apa yang terang dan jelas kepada beliau pada masa itu dan beliau memerlukan masa untuk membuat kajian dan siasatan lanjut. Sesudah sekian lama hidup dalam hutan (dan buangan), beliau ingin memastikan konsep baru mengenai perdamaian yang sudah dipersetujui oleh Thailand dan Malaysia, dipatuhi setiap orang yang terlibat.

Kedua, sungguhpun beliau bersetuju cerita Darurat pihaknya perlu dikisahkan, beliau memerlukan bukti berdokumen untuk mendukung pemeriksaan semula terhadap perang yang sudah menjadi sejarah.

Tanpa bukti yang kukuh, analisa beliau akan dengan mudah dianggap sebagai ringkasan tidak berasas yang direka-rekakan kerana rasa geram, atau seperti ejekan Gerald Templer:"tipikal untuk semua sampah komunis" (typical of all communist muck)!

Lantaran itu, beliau melawat United Kingdom pada 1998, untuk mengkaji dokumen-dokumen yang telah dideklasifikasikan mengenai Darurat Malaya di Jabatan Rekod Awam Kew, serta Perpustakaan Rhodes di Universiti Oxford. Beliau juga melawat Imperial War Museum di London dan Australian War Memorial di Canberra untuk tujuan yang sama.

Yang lebih unik dan sukar dipercayai ialah beliau telah bekerjasama dengan Ian Ward dan isterinya Norma Miraflor, yang berpendirian politik konservatif, dalam penulisan memoirnya.

Ian Ward adalah wartawan Asia Tenggara bagi The Daily Telegraph, London dari tahun 1962 hingga 1987. Beliau pernah membuat liputan mengenai "Darurat Kedua" Malaysia dan masih berminat dalam bidang penulisan walaupun selepas bersara.

Bukan khabar angin

Manakala Norma Miraflor pula menyandang jawatan ketua editor bagi majalah-majalah MPH Singapura dari tahun 1974 hingga 1985, dan menjadi penasihat kumpulan tersebut hingga tahun 1990. Pasangan suami-isteri ini kini tinggal di Singapura.

Kata Chin Peng, Ian Ward dan Norma Miraflor telah menjelaskan bahawa mereka tidak berminat dengan sejarah Parti Komunis Malaya. Mereka lebih prihatin terhadap elemen kemanusiaan dalam cerita Darurat, serta bagaimana besarnya aspek-aspek kebenaran sanggup dikorbankan oleh propaganda kedua-dua pihak yang terlibat dalam konflik dahsyat itu.

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tiada gunanya untuk mencatatkan apa-apa perkara yang berasaskan khabar angin atau desas-desus semata-mata. Persefahaman ini patut dialu-alukan oleh pembaca yang ingin mengetahui sejarah dari satu pihak lagi secara objektif dan adil.

Harapan Chin Peng mungkin lebih daripada itu, bila beliau mengakhiri kata pengantarnya dengan menegaskan:

"Saya bertempur dalam dua perang, dan bertahun-tahun menjadikan hutan sebagai rumah saya. Buku ini tidak bertujuan untuk bercakap besar atau meminta maaf. Ia merupakan pelawaan untuk memahami bagaimana kepercayaan dapat dibentuk, dan bagaimana pula konflik sanggup bermula dan diperluas sehingga tidak dapat dikawal. Pada masa yang sama, ia juga merupakan pengertian mendalam bagaimana perdamaian dapat dicapai."

Pendekatan sabar, tenang, seimbang dan sudi berkompromi dan bekerjasama dengan mereka yang berbeza pendirian politik, demi kebaikan konsep baru perdamaian bagi semua pihak yang terlibat, tidak begitu secocok dengan imej Chin Peng sebagai seorang wira gerila legenda yang berfahaman komunisme.

Tetapi ia lebih mirip dengan realiti Chin Peng sebagai seorang insan tua yang matang, bijak dan berpengalaman, setelah melalui segala ujian dan cubaan dalam riwayat perjuangannya.

Moga-moga kematangan dan kebijaksanaan insan tua ini akan membantu beliau menggambarkan proses sejarah PKM secara lebih objektif, adil dan bertanggungjawab. Melalui siri rencana ini, marilah kita mengikuti kisah sejarah pihak Chin Peng secara kritis.

Read more...

Politik seniman Hollywood
Oleh: Fathi Aris Omar, Malaysiakini.com

Kami tidak berminat menjadi �kaki demo� sepanjang hayat," kata Jane Fonda, bintang besar Hollywood lewat abad lalu. "Sekarang tiba masanya bagi mereka yang terbabit dalam gerakan protes (antiperang) 1960-an mula menyusun usaha mengambil alih kuasa politik."

"Kita bercakap soal menyediakan calon wakil rakyat. Kita bercakap soal menggubal undang-undang. Kita bercakap soal membikin filem progresif, kerana sangat penting membina budaya yang progresif dan membuka minda orang ramai.

Akhir sekali kita mesti ingat untuk mencabut akar umbi kerosakan yang mengawal budaya kita, niat untung yang mengawal budaya kita. Tetapi kita tidak akan berjaya berbuat demikian kecuali kita mempunyai kuasa dan pengaruh."

Fonda, ketika mengeluarkan kenyataan ini, mula berasa yakin dan faham kekuatan industri hiburan Hollywood. Dia pernah mengalami krisis identiti diri, sebagai penggiat politik dengan bintang filem. Akibatnya, sebelum berkenalan dengan suami Tom Hayden pada 1972, dia mengambil sikap low profile dalam bidang perfileman semata-mata untuk fokus kepada aktivisme politik.

Memang ada debat besar dan kepercayaan kuat di kalangan aktivis politik, khususnya beraliran kiri, untuk meminggirkan diri daripada dunia pop Hollywood. Gerakan politik kiri, termasuk gerakan sulit Parti Komunis di California, sudah bertapak sejak 1930-an lagi.

Golongan kiri waktu itu sangat percaya pada kuasa filem Hollywood untuk perubahan sosial. Abraham Polonsky misalnya melihat filem bukan setakat kempen sosial tetapi juga sebagai sejenis seni (art form).

Sikap intelektual

Tetapi selepas kejayaan mereka bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat menentang fasisme Jepun dan Nazi, dengan mengeluarkan filem-filem propaganda perang pro-Amerika, golongan kiri akhirnya terpinggir dan lemah dalam era McCarthyisme sekitar 1950-an � mereka disenaraihitam dan dihadapkan ke muka pengadilan Jawatankuasa Kegiatan Lawan Amerika.

Antara tokoh utama Hollywood bersama Parti Komunis di peringkat awal ialah Albert Maltz dan Polonsky. Kedua-duanya bagaimanapun menentang sikap parti itu yang suka mengongkong dan menuntut kesetiaan mutlak. Maltz pernah dihukum apabila cuba mengekalkan sikap intelektual yang independen daripada parti itu.

Jane Fonda, ketika menentang kuat peperangan di Indochina pada awal 1970-an dan bersimpati dengan golongan kiri, turut menjadi sasaran kempen memburukkan imejnya dan kebencian kerajaan Amerika di bawah pentadbiran Presiden Nixon.

Sebelum kejatuhan presiden itu pada 1974, Fonda sering diawasi agen persekutuan FBI manakala agen perisikan CIA pula membuka surat-suratnya dari luar negara, rumahnya diceroboh dan akaun wangnya diubahsuai kerajaan, tanpa pengetahuannya.

Beberapa negeri menggubal peraturan untuk mengharamkan Fonda dan filem lakonannya. Stesen-stesen TV enggan menyiarkan filemnya. Manakala media pula memberi bermacam-macam gelaran negatif untuk menjatuhkan imej baiknya. Ada usaha untuk mendakwanya sebagai �pengkhianat negara� selepas lawatannya ke Hanoi, Vietnam pada 1972.

"Jika saya berada (dan berbuat begini) pada tahun 1950-an, saya mungkin sudah dikenakan hukuman mati di kerusi elektrik," kata anak pelakon Henry Fonda. "Memang wujud usaha terancang untuk menekan saya, untuk memulau filem-filem lakonan saya, dan untuk menyenaraihitam saya."

Mencipta keuntungan

Namun selepas berkenalan dengan Hayden, setahun selepas itu mereka berkahwin, Fonda menilai semula peranannya sebagai bintang popular Hollywood. "Tom-lah orang pertama dari kumpulan kiri yang benar-benar percaya pada kuasa filem. Mereka kini telah bercerai.

Dia secara sistematik membikin filem dan sangat berminat melihat media ini sebagi saluran komunikasi. Dan saya pun mula berfikir kembali cara saya melihat industri filem," ceritanya kepada dua pengarang Creative Differences: Profiles of Hollywood dissidents.

Fonda mula merumus konsep filem bermesejkan kesedaran masyarakat serta demokrasi dengan meraikan tuntutan industri hiburan Hollywood. Pertentangan dua dunia ini � politik dan Hollywood � sukar dipecahkan sebelum itu.

Industri ini pada asalnya memilih �jalan selamat�, dengan hanya melayan kehendak khalayak, mencipta untung berganda-ganda, menjual angan-angan penonton, pro-syarikat besar dan mempertahankan kuasa politik sedia ada. Bagi aktivis politik, keadaan Hollywood seumpama ini tidak sesuai dengan perjuangan mereka.

Fonda - apabila mencecah usia 40-an dan berfikir matang - mulai sedar batasan idealisme zaman mudanya dan juga arif dengan batasan estetika dan intelektual Hollywood. Dia akhirnya bersedia bekerja dalam kerangka sistem Hollywood.

"Untuk menjadikan peranan mereka lebih berkesan dalam bidang kebudayaan, pembikin-pembikin filem progresif," rumusnya, "mesti belajar bagaimana membina wayang yang benar-benar menarik emosi penonton tetapi membawa mesej demokrasi."

Kurang azam

Selain filem, Fonda dan suaminya juga bergerak melalui pertubuhan politik bagi memberikan kesedaran di peringkat akar umbi dan mempengaruhi proses undang-undang. Antara pertubuhan itu ialah Kempen untuk Demokrasi Ekonomi (CED) yang bertujuan memecahkan pemusatan syarikat besar ke atas kuasa kerajaan dan mengembalikan kuasa rakyat untuk pengurusan ekonomi negara.

Dia dan Hayden (kiri) juga menubuhkan Kempen Keamanan Indochina (IPC) bagi membongkar perang di benua kecil itu yang cuba disembunyikan oleh Nixon daripada mata rakyat Amerika. Dengan kerjasama aktivis kempen ini - Bruce Gilbert - Fonda menubuhkan syarikat perfileman independen IPC Films pada 1973 untuk "mengeluarkan filem yang Hollywood sepatutnya telah terbitkan tetapi tidak berani berbuat demikian."

Seperti juga Gilbert, Fonda yakin, selagi sesuatu filem (atau produk budaya pop) itu mempesona, berjaya menarik perhatian ramai, membawa pulangan wang kepada syarikat pengeluar, mesej yang disampaikan � sama ada politik atau bukan � tidak menjadi soal utama.

"Pembikin filem (serius) yang mempedulikan isu-isu masyarakat dan ada kesedaran sosial, gagal bukanlah kerana ada tapisan tetapi kerana tidak mempunyai azam yang kuat (dan gagal mencari rumusan sesuai)," kata Gilbert lagi kepada pengarang David Talbot dan Barbara Zheutlin.

Gilbert yang berpengalaman luas dalam kegiatan politik antiperang, memang berminat dengan filem dokumentari independen tetapi menyedari pengaruh filem-filem ini sangat terbatas. "Filem-filem Hollywood jauh lebih berpengaruh," tambahnya, "jika pembikin filem yang progresif lebih kuat semangatnya dan mempunyai daya imaginasi."

Memang benar, jelas Fonda, filem-filem Hollywood tidak mendalam, kasar (tidak halus), kurang nuansa dan pembayangan tetapi berpengaruh luas serta berkesan ke atas orang ramai.

"Pembikin-pembikin filem tahu memanipulasi perasaan khalayak. Kita harus lakukan hal yang sama," katanya. "Kita juga harus belajar bagaimana menggerakkan perasaan penonton, tetapi arahnya berbeza (daripada tujuan filem arus perdana yang menjual khayalan dan mencipta wang semata-mata)."

Fonda sedar, di awal pembabitan politiknya, dia agak gelojoh dan kasar. Ada waktu-waktunya dia berasa tidak cukup kiri, tidak terlalu militan, sebab itu ucapannya berapi-api dan dipenuhi retorika.

Politik progresif

Sikapnya waktu itu dianggap tempoh politik sectarian yang sangat melampau, kadang-kadang untuk membuktikan sesuatu kepada teman seperjuangan politiknya. Dia akhirnya menjadi musuh media dan meminggirkan lagi perjuangannya daripada arus perdana rakyat Amerika.

Tetapi selepas 1972, dan khususnya selepas kejatuhan Nixon dua tahun berikutnya, Fonda berjaya menjadikan Hollywood sebagai saluran idea-idea politik yang halal dan boleh diterima ramai.

Dia menganggap dirinya sebagai �pemimpin boleh nampak� atau visible figure walaupun bukan pemimpin politik (dalam maksud tradisi) yang bergerak dalam struktur rasmi pertubuhan politik untuk memobilisasi akar umbi.

Pemimpin jenis ini, dengan sokongan pertubuhan rasmi politik, jauh lebih membantu gerakan politik itu sendiri � berbeza dengan pembabitan awal Fonda dalam era 1960-an atau awal 1970-an.

Namun sebilangan kelompok politik progresif tidak senang dengan caranya ini. Bagi mereka, bintang ini dan suaminya berjuang untuk diri sendiri, bukannya menyedarkan masyarakat akar umbi.

Tetapi pembabitan Fonda, suaminya dan pertubuhan mereka masih dihormati di kalangan teman seperjuangan kerana masih sedia bekerjasama dengan aktivis politik. Ideanya dan pertubuhan CED berjaya membuka mata orang ramai tentang kuasa berlebihan yang dibolot oleh syarikat-syarikat gergasi Amerika.

Jane Fonda meninggalkan wasiat ini untuk seniman dan budayawan kita: "...Semakin lengkap diri anda sebagai seorang manusia...semakin mendalam kefahaman anda mengenai anjakan sosial dan kesannya kepada masyarakat - maka anda merupakan seorang pelakon yang semakin mantap...Apabila anda merasakan ada sebab untuk anda hidup dan anda merasa komited kepada sesuatu di luar diri anda, maka itulah tandanya anda adalah seorang artis yang baik".

--------------------------------------------------------------------------------
Tulisan ini diolah daripada Talbot, David dan Zheutlin, Barbara (1978) Creative Differences: Profiles of Hollywood dissidents, Boston: South End Press, hal 131- 143

Read more...

Pertembungan di antara Konflik Tanahair dan Antarabangsa

Pertembungan di antara Konflik Tanahair dan Antarabangsa
Oleh: Amin bin Idris
Setiausaha Akhbar, Presiden MPPUIAM 2003 / 2004


Dasawarsa ini, dunia telah digemparkan dengan isu yang perlbagai dan kebanyakan fokusnya adalah ke atas Islam. Isu terkini yang telah mencatat sejarah besar di dalam diari ketamadunan Islam masakini ialah masyarakat Islam sedunia mula dikaitkan dengan keganasan. Bertitik tolak dari peristiwa hitam 11 September 2001 yang melanda World Trade Centre di New York dan juga pusat pertahanan Amerika Syarikat di Pentagon, kerajaan AS pimpinan Bush tanpa sebarang siasatan rapi dan bukti yang kukuh telah menuduh Osama ben Laden dan juga Kerajaan Taliban Afghanistan yang menjadi tali barut jutawan Arab tersebut sebagai perancang utama serangan berani mati. Maka bermulalah peperangan besar di atas nama 'Anti-Keganasan' dan juga 'Perang Salib kedua' terhadap Afghanistan dan akhirnya kerajaan sementara telah terbentuk menggantikan Kerajaan Taliban setelah beribu-ribu insan yang tidak berdosa terbunuh. Walaupun isu Afghanistan telah pun tamat (pada pandangan AS), Bush masih mahu meneruskan kempen 'Anti-Keganasan' yang telah dimulakan sendiri oleh beliau iaitu serangan yang ingin dilancarkan ke atas Iraq.

Beralih pula kita kepada isu krisis yang melanda bumi Palestin. Bumi di mana terletaknya masjid yang pernah Nabi Muhammad SAW diisra'kan iaitu Masjidil Aqsa. Isu ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Sejak tahun 1948, Israel terus-menerus dengan kekejaman mereka untuk menakluki bumi Palestin. Tatkala pemerintahan Israel beralih daripada Benjamin Netanyahu kepada Ariel Sharon, penganilisis politik khususnya pemikir Islam dari seluruh negara telah menjangkakan bahawa rakyat Palestin akan lebih menderita apabila Israel dipimpin oleh Ariel Sharon. Ia adalah berdasarkan sejarah beliau sendiri yang menjadi punca kepada penyembelihan umat Islam Palestin di sana-sini. Antaranya ialah penyembelihan manusia beramai-ramai yang berlaku di Shabra dan Shatilla. Ada yang mengatakan 800 orang telah terkorban dan ada yang mengatakan 2000 orang. Yang pasti, Ariel Sharon ketika itu menjawat sebagai Menteri Pertahanan menjadi dalang utama kepada pembunuhan tersebut. Amerika Syarikat yang sering berbangga dengan amalan prinsip demokrasi dan juga hak asasi manusia nampaknya seakan-akan mula goyah dari prinsip mereka. Walaupun AS dikenali sebagai sebuah kuasa besar dunia atau 'Polis Dunia', mereka kini dilihat umpama lebih mempertahankan tindakan Israel berbanding cuba untuk menyelamatkan umat Islam Palestin di atas dasar Hak Asasi Manusia. Sekiranya rakyat Palestin yang terdesak telah bertindak berani mati mengebom kawasan awam dan mengakibatkan ramai rakyat Israel terkorban sebagai pengganas, mengapa Ariel Sharon yang menjadi ketua kepada tentera-tentera Israel bertindak membunuh masyarakat awam, wanita, kanak-kanak, orang tua, merobohkan rumah-rumah kediaman, memusnahkan masjid tidak dilabelkan sebagai pengganas? Mereka mempunyai senjata lengkap dan kelengkapan itu telah disalahgunakan. Apakah makna istilah pengganas pada pandangan AS? Inilah realiti yang telah diertikan oleh Bush sendiri sebagai 'Perang Salib kedua'.

Kezaliman, kekejaman dan kejahatan Israel telah dibantah dan tidak dipersetujui oleh kebanyakan negara termasuk sebilangan dari negara Eropah. Malah, Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Berhormat Dato' Seri Doktor Mahathir Mohammad juga turut membantah tindakan rejim haram Israel. Kita dapat melihat peranan yang dimainkan oleh Malaysia apabila menjadi tuan rumah kepada Persidangan Menteri-Menteri Luar Anggota Negara OIC pada 2 April 2002. Malah, kedapatan beberapa kenyataan pemimpin negara yang sering mengutuk tindakan ganas regim haram Israel. Pada pandangan penulis, sebenarnya apa yang berlaku di luar negara sering menjadi bahan utama untuk dibicara tanpa melihat kepada keadaan atau waqi� negara sendiri. Penulis tidak menafikan tindakan bijak Malaysia mengutuk kekejaman Israel dan menyokong Palestin. Tetapi persoalan yang ingin ditimbulkan ialah apa bezanya sokongan dari sebuah negara yang majoriti rakyatnya dalah daripada orang Islam berbanding sebaliknya? Republik China, Thailand, Russia dan lain-lain beberapa negara minoriti umat Islam telah dengan beraninya membantah tindakan tidak berperikemanusiaan rejim haram Israel.

Di dalam artikel ini, penulis mengemukakan beberapa persoalan yang perlu difikirkan bersama oleh rakyat Malaysia umumnya dan kerajaan Malaysia pimpinan YAB Berhormat Dato' Seri Doktor Mahathir Mohammad khususnya sebagai muhasabah Malaysia sebuah Negara Islam.

Pertama, pendirian negara kita ialah menentang kekejaman Israel tetapi berdasarkan asas apakah penentangan tersebut? Adakah di atas asas bersama menyokong kempen �Anti-Keganasan� anjuran Amerika Syarikat? Atau atas dasar pencabulan hak asasi manusia oleh Israel ke atas rakyat Palestin? Atau di atas dasar Ukhuwwah Islamiah sesama mukmin yang bersaudara di atas ikatan keimanan? Atau pun mungkin sememangnya stand negara kita adalah tidak berkompromi dengan Yahudi?

Kedua, rentetan daripada sokongan padu kita kepada rakyat Palestin, apakah sumbangan moral yang telah diberikan selain dari bantuan kebendaan dan ketenteraan yang telah dijanjikan? Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Malaysia dan juga rakyatnya yang telah menghulurkan bantuan semikian. Tetapi sebagai umat Islam, kita mempunyai perhubungan yang unik sesama muslim iaitu melalui �roh persaudaraan�. Adakah akhlak Mazmumah hasil daripada pengaruh Yahudi telah kita usaha untuk ditinggalkan? Fikrah Yahudi di sana-sini masih berleluasa dan menguasai minda masyarakat Islam. Di manakah usaha-usaha kerajaan dan mana-mana institusi di negara kita ke arah meleburkan pusat-pusat maksiat yang telah menghancurkan kebanyakan pemuda-pemudi Negara? Apa yang ada ialah Malaysia menjadi pusat judi kedua terbesar di Asia Tenggara (Genting Highland dan akan mungkin akan disusuli Bukit Tinggi, Bentong), gejala murtad yang tiada berkesudahan, budaya yang bias merobohkan Aqidah seperti Punk, Hippies, Black Metal, tidak ketinggalan juga amalan penyelewengan kuasa di dalam institusi kerajaan, fitnah media massa di sana-sini dan pelbagai lagi senjata yang mampu untuk merapuhkan Aqidah Muslimin. Tanpa kita sedar, sebenarnya ia juga merupakan di antara kekuatan Yahudi ke arah matlamat meruntuhkan empayar umat Islam dan membangunkan pemerintahan Yahudi. Fikirkanlah wahai umat Islam Malaysia!!!

Ketiga, apakah yang telah kita lakukan di dalam masyarakat ke arah membina sebuah empayar Islam? Hala tujunya adalah agar sebarang urusan yang melibatkan politik, ekonomi, pembinaan insan dan budaya dapat dijalankan berdasarkan acuan tersendiri. Acuan yang bersandarkan Tauhid, acuan yang tidak terpaksa bergantung kepada mana-mana kuasa kuffar atau mana-mana kuasa Barat yang berselindung di sebalik nama �Bantuan� demi menghancurkan Islam di muka bumi. Perdana Menteri telah mengumumkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam di dalam Perhimpunan Agung Parti Gerakan (walaupun tindakan tersebut masih terdapat keraguan di dalam aspek undang-undang dan juga proses demokrasi negara), apakah di sana cirri-ciri sebagai sebuah Negara Islam yang begitu tegas pendirian terhadap Yahudi dan sekutunya dilaksana? Setakat ini, penulis menyedari bahawa Malaysia terlalu ingin menjaga kepentingan ekonomi antarabangsa sehingga sanggup tunduk kepada Amerika Syarikat. Merujuk kepada laporan akhbar New Straits Time bertarikh 4 Mei 2002, Kerajaan Malaysia nampaknya cukup berbangga dengan pujian Amerika yang berpuas hati dengan tindakan Malaysia di dalam membanteras pengganas. Kenyataan Setiausaha Pertahananan Amerika Syarikat iaitu Donald Rumsfeld yang kagum dengan tindakan Malaysia telah memberi satu impak kepada PM sebelum lawatannya bertemu Presiden Bush. Pertikaian yang ingin ditimbulkan di sini ialah adakah kita patut berbangga dengan pujian AS? Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato Seri Dr. Mahathir nampaknya terlalu hanyut dengan istilah pengganas berdasarkan perspektif AS. Oleh yang demikian, tidak mustahil apabila PM di dalam ucapan perasmiannya semasa Persidangan Khas Menteri-Menteri Luar Anggota Negara-Negara OIC pada April lalu telah mengutuk serangan berani mati rakyat Palestin. Kenyataan beliau telah dikritik dan tidak dipersetujui oleh keseluruh pemimpin Negara-negara OIC termasuk bercanggah dengan fatwa ulama�-ulama� terkemuka seperti Dr. Yusof al-Qaradawi, Dr. Wahbah Zuhaili, Dr. Said Ramadhan al-Buty dan Dr. Syed Tantawi. Malah, Kementerian Dalam Negeri lebih gigih berusaha untuk menangkap golongan yang didakwa terlibat dengan gerakan al-Qaeda dan juga KMM daripada golongan yang mampu untuk merobek Aqidah umat Islam di dalam penulisan mereka.

Keempat, mengapa apabila wujudnya penulis-penulis yang berhujah di atas paksi kebebasan bersuara telah dengan sewenang-wenangnya menghina kemuliaan dan taraf kenabian Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW, memperikaikan kewibawaan dan kekuatan ilmu para ulama� serta secara terang-terangan cuba untuk mempertikai hokum Islam yang Qat�ie (tetap)? Mengapa mereka tidak diambil tindakan yang tegas? Apakah kerajaan tidak bisa bimbang apabila Aqidah rakyat meraka tergugat? Realitinya, �mereka� lebih bimbang apabila kedudukan �mereka� tergugat berbanding keyakinan umat Islam yang mempunyai komposisi lebih 55% di Malaysia. Inilah dia pemimpian kepada sebuah Negara yang didakwa sebagai sebuah Daulah Islamiah.

Read more...

The History of Muhammad (p.b.u.h)

Tuesday, October 14, 2003

The History of Islam

In or about the year 570 the child who would be named Muhammad and who would become the Prophet of one of the world's great religions, Islam, was born into a family belonging to a clan of Quraysh, the ruling tribe of Mecca, a city in the Hijaz region of northwestern Arabia.

Originally the site of the Ka'bah, a shrine of ancient origins, Mecca had with the decline of southern Arabia (see Chapter l ) become an important center of sixth-century trade with such powers as the Sassanians, Byzantines, and Ethiopians. As a result the city was dominated by powerful merchant families among whom the men of Quraysh were preeminent.

Muhammad's father, 'Abd Allah ibn'Abd al-Muttalib, died before the boy was born; his mother, Aminah, died when he was six. The orphan was consigned to the care of his grandfather, the head of the clan of Hashim. After the death of his grandfather, Muhammad was raised by his uncle, Abu Talib. As was customary, Muhammad as a child was sent to live for a year or two with a Bedouin family. This custom, followed until recently by noble families of Mecca, Medina, Tayif, and other towns of the Hijaz, had important implications for Muhammad. In addition to enduring the hardships of desert life, he acquired a taste for the rich language so loved by the Arabs, whose speech was their proudest art, and learned the patience and forbearance of the herdsmen, whose life of solitude he first shared and then came to understand and appreciate.

About the year 590, Muhammad, then in his twenties, entered the service of a widow named Khadijah as a merchant actively engaged with trading caravans to the north. Sometime later Muhammad married Khadijah, by whom he had two sons - who did not survive - and four daughters.

Read more on: Islamic History in Arabia and Middle East

Read more...

The Veil and Secularism

The Veil and Secularism
By Nik Nazmi Nik Ahmad

Today, the veil has taken an important role in the public appearance of Muslim women. It is not an exaggeration to say that the Islamic veil is one of the most visible symbols of Islamic revivalism. To say that the veil is a modern invention of Islamic movements is a mistake; but it is true that it was Islamic revivalism that has placed the veil into the modern life of Muslim women throughout the world.

The most visible sign of Huntington's clash of civilizations, indeed, is the revival of the Islamic veil, at a time when the West had just celebrated feminism and sexual liberation. In an agnostic age, the veil is seen as an aberration. The veil is seen as symbols of medieval Islam, of the oppressive side of Iran's Islamic Republic and Afghanistan's Taliban regime. Recently, the debate goes on as French Prime Minister Jean Pierre Raffarin declared that veils have no place in French State schools.

Click here to read more : The Veil and Secularism

Read more...

Wednesday, October 08, 2003

Selamat bercuti !

Selamat balik kampung kepada mereka yang menetap di kampung
(juga selamat balik ke bandar kpd yang menetap di bandar)...
Manfaatkanlah yaumul ijazah ini dengan sebaik-baiknya...bukan sekadar menambah peta di bantal yang lama dan bukan sahaja melebarkan saiz badan drp yang sediakala.....tapi juga menambahkan budi kepada keluarga tercinta.

+ Selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK
+ selamat berpuasa
+ pastikan amal ibadat kita kali ini lebih baik daripada sebelumnya...

Read more...

OIC: Mahasiswa harapkan PERUBAHAN

Press statement from SRC IIUM in conjunction with 10th OIC Meetings in Putrajaya.

Read more...

Friday, October 03, 2003

Pelajar Maahad jadi panel seminar wanita anggun

Read more...

Monday, September 22, 2003

Sinar Rejab : Siraj dan Mi'raj

Read more...

Doa hari ini

Read more...

Hazzon Sa'ii Dan (Good Luck) Wa Ma'a Ttaufiq Wannajah Fil Imtihan Anniha E..

Semoga Allah membuka pintu hati dan mempermudahkan kita dalam menjawab soalan-soalan yang bakal kita hadapi...
Semoga apa yang kita baca, belajar, hafal, faham ..itulah yang masuk dlm exam nanti...
Semoga Allah melembutkan hati pensyarah-pensyarah kita (terutama yang memeriksa kertas jawapan kita)..
agar tak nampak kesalahan-kesalahan yang wujud...
dan yang paling penting, tenangkan hati, kuatkan usaha dan semangat dan sentiasa minta doa dengan Allah...dan jgn lupa minta maaf dan restu drp mak dan ayah...serta pensyarah-pensyarah kita...
untuk mencapai sesuatu kejayaan, tidaklah semudah yang dilafazkan...kadang-kadang diwaktu yang hampir-hampir exam nilah timbulnya
bermacam-macam masalah...sakit kepala, serabut dan sebagainya...
Apa-apapun, yang penting jaga hubungan kita dengan Allah...hati akan menjadi tenang..dan dengan sendirinya akan terhindar drp masalah-masalah yang tdk diundang itu...

Semoga kita semua sama-sama berjaya mendapat natijah yang cemerlang dan kepada yang dah cemerlang sebelum ni, bantulah sahabat-sahabat yang lain...
dan doalah juga akan kejayaan sahabat-sahabat yang lain...itulah sahabat yang sejati...


salam kejayaan daripada saya, hamba Allah yang mempunyai serba kekurangan ini...dan jangan lupa...smile always..

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP